Tuesday, September 27, 2011

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Mayat Ramses II



Mumia Ramesses II
Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.


Prof. Dr. Maurice Bucaille


Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.

hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.



Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.




Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

"Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!"

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

"Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

"Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu".
 
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)




Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
(Yunus: 92)


Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini."

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.


Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.




Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

"Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

"Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


Wednesday, September 21, 2011

FCommission building new bridleway

A SAFETY NIGHTMARE !!.  I WONDER WHO CARRIED OUT THE RISK ASSESSMENT ON THIS PROJECT ??



Workers build a footpath around the vertiginous slopes of Shifou Mountain in China

Thousands of metres up the vertiginous slopes of Shifou Mountain in Hunan Province, China, a team of workers, operating with hardly any safety measures, are building a footpath

The workers are building a plank road on the side of the mountain that, once it is finished, will stretch for 3km (9843 ft) and be China 's longest sightseeing footpath



48-year-old Yu Ji (above) is one of the workers and he has been working on high cliffs building such plank roads for more than 10 years. He comments: "Young people don't want this job, as it requires them to stay deep in the mountains for months or even years"

Yu Ji takes charge of the most dangerous part of the project - drilling the holes to set up pipes to support the footpath





Building a plank road on Shifou Mountain is difficult because the cliff stands vertical at 90 degrees, without any slope or alcoves













A finished section of the footpath




Don't ask your friend to edit your picture

Jangan Suruh Member Edit Gambar Anda


Original photo

Results:

TRAGEDI SEPTEMBER - Aisya's story

Sumber: http://luluzland.blogspot.com/


Sesungguhnya aku sampai skg macam tak percaya benda ni happened sekelip mata. Memang totally bodoh la mamat waiter tu sekali bodoh dengan owner kedai yg menabur janji palsu. Melayu buat melayu. Damn melayu.
 
Outing dinner with my family. Aisya sat in the baby chair. Baby chair IKEA white tu. So by the time food sampai. Time tu waiter bwk fried rice on left hand, and hot tomyam on right hand, WITHOUT A TRAY! . Aku ni pn kalau masak maggi nak makan kt depan sambil tengok TV pn bwk pakai dua tangan okeh. Then just put the fried rice first on the table and bila dia letak hot tomyam tu. Aku budget tangan dia mesti dah tak balance bwk bowl tu sebab sup dah la penuh pastu bowl besar lagi.. Sekali bila dia letak, terus slip, fall totally and only to Aisya. 
 
What u can expect that time?
 
Aku panik gila! Aku tak tau nak buat apa. Then my hubs terus angkat dia bwk pegi sinki. Curah atas air pili. Sambil aku pn menyimbah2 sekali. Sambil Aisya non-stop meraung! Pastu ada plak ntah siapa yg trying to help la. Bwk telur, pecahkan telur atas badan Aisya. Bwk air batu letak atas Aisya. Pastu ada kedai lain pn datang letak minyak habatussauda atas badan Aisya. But it doesn't help at all. Aisya still crying out loud!
 
We straight away headed to KPJ Sec 20, Shah Alam. Aku punya menangis tak payah cerita la. Macam gaya dah hilang anak. Blh gila! Dengan service KPJ frankly speaking lembab nak mampus. Relax2, cool2, budget nak bagi aku tenang. Kepala hotak dia la anak aku dah melalak takde suara, takde air mata. The best part the doctor instructed nurse itu ini, begitu begini, tp tak pegang anak aku langsung. Touch la patient at least u know la kan. Memang keje aku ni membodohkan org sebab semuanya tak ada akal!
 
Then terus discharged sebab doc kata keadaan Aisya tak kritikal. Just bagi paracetamol. Then blh datang on Monday la for appointment. Lagi aku menyirap dah! Pehh..! Memang ni tak blh jadi. Aku pn rasa macam tak sedap hati jek. So me and hubs discuss kejap and we decided the doctor siapkan referral letter utk di bawa ke Pantai Specialist malam tu jugak.


Sampai PMC dekat pukul 11pm. After bukak balik balutan KPJ buat tu and letak ubat sikit and re-balut, doctor standby said dia tak blh decide apa2 buat masa skg. Dia kne refer this case pada Pakar Bedah dan Pakar Kanak-Kanak. Ok fine aku faham itu bukan bidang dia and at least bagus la sebab ada initiative nak menyelamatkan anak aku ni. The next day tu adalah Sunday okeh. But still arrangement dorg buat with doctor blh datang on Sunday tu.
 
Next day hantar Adre to my parents hse and headed to PMC. Pakar Bedah tunggu kitorg sikit punya lama sebab janji pkl 9am tp sampai 1 hour later. Nampak tak commitment doctor tu. Macam tu aku confident la. Then discuss punya discuss Dr. Manoh bagi 2 option. Satu kne dressing everyday yg menyakitkan, lambat baik, lambat physio, tp murah sikit la. Dua kne undergo an operation, put an artificial skin, cepat baik, blh cepat pergi physio tp costly. Aku time tu cuma fikir nak anak pulih sediakala so aku pilih option 2 as option tu pn yg terbaik. And as doctor advise jugak la.. Tp dia plak kata time tu kne tunggu opinion Pakar Kanak-Kanak plak. So Aisya memang dah di-assigned dengan Dr. Ganesa since lahir so after 1/2 an hour doc pn datang. Gedebak gedebuk discuss itu ini terus kne admit. Cuma ward penuh aku tunggu 2-3 jam jugak la kt waiting room. Tp sebab waiting room comfort habis siap ada astro so no complaint.
 
Sunday tu admit masuk antibiotik, masuk painkiller supp and bukak balutan biar dia expose. Tak ada terkatup jek. Aisya stayed in single room isolation. Dr. Ganesa sendiri yg requested the room from admission. Malam tu drip air and last milk will be before 5am. Operation adalah pkl 9am esoknya. So Aisya kne puasa. Tp huru-hara jugak la sebab dia dah biasa bf. Asal lebih kurang 5-6am macam tu dia dah menyondol2 cari punca makanan dan minuman. Kesian gila aku tengok. Nak jek aku sumbat tp nanti operation jadi bukan2 naya plak aku kne marah. So cekalkan jek la hati tengok anak berlapar.
 
Monday, alhamdulillah operation lebih kurang 2 hours was successful. Aku kne salin baju macam pekeje OT utk masuk bilik pemulihan tenangkan Aisya sebelum transfer ke ward. Time tu hancur luluh lagi hati tengok anak aku terlantar menggigil2 sejuk sampai selimut pn bergetar dengan oxygen dengan menangis kesakitan dalam tak sedar tu macam aaa.. aaa.. aaa.. She's just 7 months ok! Kesian Aisya! :(
 
Aku zikir kt telinga Aisya sambil gosok2 badan dia, tangan dia. Ok jugak la dia calm down. Aku tau benda tu sakit. Sakit tak tertanggung utk baby macam dia. The procedure was dead skin semua kne buang and ganti with an artificial skin. It's a collagen from usus kambing biri-biri. Then later slowly new skin will develop under the artificial skin. Artificial skin tu akan jatuh sendiri la umpama macam salin kulit. But just imagine macam jari2 Aisya tu satu2 kne buang kulit and balut baru and hujung jari telunjuk Aisya bengkok sikit. Maybe sebab masa tomyam tu tumpah terlalu panas sampai effect kt hujung jari. 
 
Aku memang tak blh terima..
 
Then Aisya transferred to HDU ward utk pemantauan and next day dah masuk ward biasa. Ahamdulillah Aisya ok. Tp merengek, menangis, meraung sampai serak2 suara until today. Cuma night before discharged to jek dia tdo lena. Aku? Memang penat. Penat mental sebab sakit hati sekali. Penat jaga anak takpe la sebab dia baby apa yg dia tau. Nak cakap tempat mana yg sakit pn tak reti..
 
Janji owner restaurant tu nak datang visit adalah 2 kali janji tp tak datang. Hello come-on ok. Aisya stayed for 6 days at hospital tak kan la takde 1 hari yg free utk concern pasal budak ni sedangkan the next day after Aisya kne tu laki aku dah jumpa dia discuss nak settle macam mana. He only think it was an accident. Ok fine for me! Tp ia adalah juga negligence yg tak patut berlaku. Your waiter should follow the procedure how to serve customer with the right way. Apa bangang sangat pergi serve hot dishes near to baby and without a tray? Sekali pn kalau Aisya sentuh dia at that time, still aku tetap tak salahkan anak aku sebab baby 7 bulan ada akal ke??? Aku pn for sure tak sempat nak tarik anak aku time tu coz things happen very fast. Only in a second!
 
Sakit hati aku sebab dia tak nak kerjasama and the best thing aku rasa dia takde perikemanusiaan langsung. Semua org kalau tengok gambar Aisya macam tak blh terima keadaan anak aku tu. Macam tak sepatutnya things like this happened. Tp aku tak faham owner restaurant tengok gambar tak feel apa2 ke?
 
Aku bukan kemaruk nak duit pn. Money is not everything BUT EVERYTHING IS MONEY!!. Now aku kne amik unpaid leave utk jaga Aisya 1 to 1. Tak bergaji dah menjadi masalah aku. Dah la tu kne duduk aircond 24 hours. Bill confirm mencanak2 naik. Banyak la cost yg tak tertanggung. Belum masuk hidden cost. 
 
At least sebagai seorg manusia yg ada tanggungjawab tunjuk kan la keprihatinan. Kalau tak ada feedback yg jelas.. Tengok jek la nanti what i can do.. 
 
U know where is CILI MERAH SEC. 9 SHAH ALAM...
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...