Friday, January 21, 2011

[Jom masak...] PUCUK PAKU MASAK LEMAK CENCALUK

Bahan2nya:
Pucuk paku
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi hijau
sedikit belacan
Ikan bilis
Kunyit
Cencaluk

Cara membuatnya:
1- Kisar kesemua bahan kecuali cencaluk.
2- Masukkan bahan kisar, cencaluk & santan kedlm periuk.
3- Bila mendidih masukkan sayur.

*jumpa seorg pakcik kt pasar masa beli santan & diberi resepi ni. tu yg cuba...*
kalau dpt cmpr dgn cendawan kukur lg sedap. kalau ikut resepi asal letak serai.

Thursday, January 20, 2011

Modern Home Utensils

Mostly new designs and probably useable by younger homemakers while old-timers could shun as gimmicks.

Whatever the case... it's exciting & just for info.





































 

Tuesday, January 18, 2011

Gaji Gaji Gaji.....

Lifeboat
Fri | Nov 23, 07 | 10:29:32 am MYT

Bagi kerani bank di Republik Singapura (gaji permulaan SGD1300-1600 bersamaan RM3000-RM3700 sebulan), bonus tahunan sebanyak tiga bulan setahun adalah perkara biasa. Menurut Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J. Solomon, gaji permulaan bagi kerani bank dan pekerja bukan perkeranian di Malaysia hanyalah RM662-RM1254 sebulan.

Namun jika anda pernah membaca buku tulisan mantan Perdana Menteri Singapura, The Singapore Story: Memoirs of Lee Kuan Yew (680 muka surat) dan From Third World To First: The Singapore Story (778 muka surat), anda tidak akan mendapati sebarang kempen atau kenyataan retorik politik mengenai pembangunan modal insan.

Di samping itu tidak apa juga apa-apa kenyataan bagi mengiklankan bahawa kerajaan People Action Parti (PAP) yang menguasai Singapura sejak tahun 1959 lagi kononnya tahu bagaimana hendak memajukan ekonomi dan begitu perihatin dengan keadaan rakyatnya semata-mata bagi memperolehi keyakinan rakyat atau mengaburi kepercayaan rakyat demi mengekalkan kuasa.

Apa yang dilakukan oleh pemimpin PAP adalah apa yang patut dilakukan oleh mereka sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara. Dan mereka menjalankan kewajipan ini dengan penuh keinsafan, kesedaran, rasa tanggunjawab yang begitu tinggi, tanpa rasuah dan mengamalkan meritokrasi yang boleh dimaksudkan hanya jauhari mengenal manikam atau boleh difahamkan sebagai satu adaptasi daripada sabda Rasulullah s.a.w., Apabila sesuatu tugas diberikan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.

Dan jika anda mengabaikan perihal politik serantau antara republik tersebut dengan Malaysia, kenyataan yang anda rasa berat sebelah, soal politik perkauman dan sebagainya, tetapi sebaliknya menumpukan fokus anda kepada pembangunan ekonomi dan hal-hal bersangkutan dengan pembangunan ekonomi dengan fikiran rasional dan terbuka, anda akan dapati Singapura telah mencapai taraf negara maju ketika Malaysia baru memperkenalkan Wawasan 2020.

Wawasan 2020 adalah idea Tun Dr. Mahathir. Dalam masa 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Dr. Mahathir mahu membangunkan ekonomi Malaysia sebagaimana Singapura, Korea Selatan dan Jepun memajukan ekonomi masing-masing dalam tempoh masa yang begitu singkat. Justeru Dasar Pandang Ke Timur digubal bagi menukar orientasi pemikiran kita terhadap budaya kerja demi mempertingkatkan produktiviti.

Juga pada ketika itu, Jepun telah pun berjaya muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia dan menjadi pemimpin kepada hampir semua industri. Dr. Mahathir mengusulkan agar menteri-menteri dan rakyat membaca buku The Mind of the Strategist karangan Dr. Kenichi Ohmae, rakan niaga kanan dalam McKinsey & Company, Tokyo (sebuah syarikat perunding pengurusan bertaraf dunia).

Ia sudah tentulah satu usul yang bijak kerana Dr. Kenichi Ohmae yang juga dikenali oleh seluruh dunia korporat sebagai Mr. Strategy adalah antara guru strategi perniagaan dan korporat paling terkemuka di dunia. (Beliau juga adalah ahli Panel Penasihat Antarabangsa Koridor Raya Multimedia Malaysia).

Malangnya sementara pentadbiran Dr. Mahathir berusaha menyerapkan budaya pengurusan Jepun ke dalam budaya kerja rakyat Malaysia, satu aspek yang agak telah diabaikan ialah soal ganjaran kepada apa yang kini digembar-gemburkan sebagai modal insan.

Inilah di antara sebab mengapa pekerja di Malaysia tidak mengalami anjakan yang ketara dalam gaji dan pendapatan mereka. Sehingga hari ini pun, setelah Jepun, Singapura dan Korea Selatan telah begitu lama menggubal undang-undang bersabit paras gaji minima, malah 90 peratus daripada negara di dunia ini sudahpun menggubal akta berkaitan gaji minima ini, Malaysia masih lagi ketinggalan.

Walaupun ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, gaji kakitangan kerajaan telah beberapa kali dinaikkan bagi mengimbangi kadar kenaikan harga, tetapi mereka yang berkerja di sektor swasta tidak menikmati pelarasan yang sama. Akibatnya kesusutan matawang, kadar inflasi dan kenaikan harga mengundang masalah serius kepada golongan pekerja.

Bagi menunjukkan kepada rakyat betapa kerajaan telah menggubal dasar-dasar ekonomi dan fiskal yang betul dan bagi menunjukkan kerajaan benar-benar telah berusaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat, angka pendapatan per kapita dinyatakan untuk menunjukkan betapa pendapatan rakyat Malaysia sudah meningkat begitu jauh sejak negara mencapai kemerdekaan sehinggalah kini.

Inilah antara angka yang sering diberikan penekanan kepada rakyat. Tapi malangnya kerajaan tidak pernah membincangkan tentang indeks harga barangan pengguna yang kenaikannya bukan sahaja berkadar langsung (directly proportional) kepada pendapatan per kapita, tetapi tidak lagi seimbang dengan peningkatan pendapatan per kapita.

Apakah gunanya kita mendabik dada mengatakan KDNK kita meningkat berlipat ganda, atau pertumbuhan ekonomi kita berkembang pada kadar sekian banyaknya, eksport kita meningkat tetapi kalau dalam sebutan sahih (real term) pendapatan per kapita yang kita gembar-gemburkan kerana kononnya telah meningkat tidak lagi bermakna kepada individu kerana kos untuk hidup melebihi kadar pertambahan pendapatan dengan berlipat ganda.

Oleh itu apabila Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih tidak menerima cadangan MTUC untuk mengadakan gaji minima kepada pekerja-pekerja dalam negara, maka itu bukanlah soal politik atau isu yang dipolitikkan, kerana di luar bangunan Parlimen terdapat 8 juta rakyat terdiri daripada golongan pekerja yang benar-benar mengharapkan kerajaan menunjukkan keprihatinan dan belas kasihan kepada mereka.

Apalah lagi yang dapat dilakukan oleh golongan ini untuk mendapatkan pembelaan. Usul diadakan rundingan di antara kesatuan sekerja yang mewakili mereka dengan kerajaan ditolak atau tidak dipertimbangkan. Apabila semua saluran yang ada tidak mampu menarik tumpuan dan keprihatinan kerajaan, maka satu-satunya saluran yang masih ada ialah dengan berpiket.

Piket peringkat kebangsaan kali kedua yang diadakan oleh ahli-ahli MTUC yang mewakili 8 juta pekerja di 12 kawasan di seluruh negara pada awal Ogos lalu bagi menuntuk gaji minima RM900 sebulan dan kola RM300 sebulan membuktikan betapa seriusnya masalah yang dihadapi oleh golongan ini.

Bukan itu sahaja malah ia menunjukkan betapa rendahnya gaji yang diterima oleh sejumlah besar kaum pekerja Malaysia sehingga seolah-olah menggambarkan betapa kita telah mengekploitasikan insan untuk dijadikan modal. Apakah ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh Pak Lah mengenai modal insan yang dijadikan sebagai tagline ucapan-ucapannya?

Terdahulu daripada itu, sebagai menghormati semangat bermuzakarah, MTUC telah pun menyerahkan memorandum mengenai perkara ini kepada Perdana Menteri. Malangnya, usaha itu tidak membuahkan hasil.

MTUC amat kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak mengendahkan tuntutan dan nasib pekerja-pekerja sektor swasta untuk menikmati kehidupan yang selesa dan terjamin. Memorandum yang dihantar oleh MTUC kepada Perdana Menteri Malaysia juga tidak mendapat maklum balas yang memuaskan malah jawapan dan saranan yang diberikan amat menyedihkan.

Justeru tindakan Pak Lah yang enggan melayani tuntutan golongan pekerja swasta ini mengundang kepada persoalan: Mengapakan Pak Lah mengambik sikap dingin terhadap tuntutan ini? Apakah ada pihak tertentu yang menekan kerajaan agar undang-undang seperti itu tidak boleh digubal kerana ia akan meningkatkan kos buruh dan mengurangkan keuntungan korporat?

Kita tidak tahu jawapan yang sebenarnya. Tetapi nampaknya pentadbiran Pak Lah lebih mengutamakan warga korporat dari warga individu yang sepatutnya perlu mendapat pembelaan. Bajet 2008 misalnya menyaksikan cukai korporat diturunkan dari 28 peratus kepada 27 peratus untuk tahun kewangan 2007 dan kepada 26 peratus pada tahun 2008.

Pak Lah juga begitu perihatin kepada warga korporat apabila kerajaan di bawah pentadbirannya kini seolah-olah begitu ghairah mahu meminda beberapa peruntukan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Sekiranya pindaan tersebut dilakukan maka ia akan menyukarkan golongan pekerja untuk terus berjuang mendapatkan hak mereka dan menikmati keharmonian perusahaan.

Dalam satu kenyataanya, MTUC juga menganggap, pindaan tersebut jika dilakukan akan menyukarkan dan menghakiskan segala peruntukan-peruntukan yang sedia ada yang boleh memberi jaminan kepada kaum pekerja dan seisi keluarga. Apatah lagi Negara tidak mempunyai perundangan gaji minima RM900. Kenaikan kos hidup ditambah pula dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tanpa batasan atas nama liberalisasi telah dan akan menjurus kepada pelbagai masalah yang akan merumitkan kehidupan kaum pekerja.

Justeru, apalah gunanya menggegak-gempitakan Islam Hadhari, Bekerja Bersama Saya, The Towering Malaysâ dan pelbagai slogan lagi yang bunyinya cukup gah sekiranya soal paling asas, iaitu membela nasib 8 juta pekerja agar mereka tidak begitu terhimpit untuk meneruskan kehidupan terus menerus diabaikan.

Pada 9 Oktober lalu, HarakahDaily.net menyiarkan berita kira-kira seribu pekerja Maybank berpiket di hadapan Menara Maybank, Kuala Lumpur bagi menuntut bonus, elaun sara hidup dan kenaikan gaji sebanyak 30 peratus.

Menurut Laporan Kewangan terbaru bank tersebut mengisytiharkan keuntungan sebelum cukai Kumpulan bagi tahun 2007 sebanyak RM3.178 bilion berbanding RM2.772 bilion bagi tahun 2006.

Laporan tersebut juga menyebut: Kakitangan kekal sebagai sumber pelaburan bagi Maybank. Bank telah menyediakan lebih RM65 juta dalam tahun kewangan untuk meningkatkan keupayaan modal insan. Kajian Tahunan Kakitangan sebagai satu cara penting untuk memahami harapan para kakitangan dan maklum balas yang diterima akan digunakan untuk merangka pelan perniagaan Kumpulan dan polisi sumber manusia.

Apakah hukumnya di sisi Islam apabila kita menggunakan insan sebagai modal perniagaan tetapi insan yang dipermodalkan itu tidak menerima imbuhan dan ganjaran yang sewajarnya atau seperti yang dijanjikan?

Petrol going Hike - Very interesting (especially the last part) (still relevant)

Tuesday, June 10, 2008
 
Today Tenaga stock rose by about MYR1.00. Volume traded in excess of 35 million units.Yesterday Tenaga stock was suspended. Put these points together.

1. If you know that an announcement would be made on Wednesday that TNB rates will be revised upwards you would surely buy Tenaga shares on Tuesday.
2. If you own an investment bank or have sufficient credit line with an Investment Bank you would have bought as much as you could knowing that the price will surely go up.
3. Since you have to pay within 3 days (T+3 rule), you would have  planned to sell on Friday. Â So you could have bought 1Million Tenaga shares on  Tuesday and sold it today for a cool MYR1Million profit without paying any money (perhaps some borrowing costs for 2-3 days).
4. Of course none of us are privy to the announcement of the fuel hike, but the family of the PM are privy to it.
5. Of course none of us have a large credit line with an Investment Bank but the family of the PM owns an investment bank.
6. Why the surprise announcement on 05 June when the PM has said that it would be in August ? Well you can only make a big and quick profit if  you control the timings and surprise others.
7. For those in the know (the powers that be and their cronies) this has been one hugely profitable week buying and shorting the related shares.

The poor rakyat had to queue just to fill up their tanks and perhaps save between MYR20-MYR100.
Now read below..... Need those in know of the basic economics of crude, fuel etc to comment.

WHAT IS NEVER MENTIONED IN Mainstream Media like NST/TheStar/ Utusan/BH
are these facts....

Malaysian PerCapita Income USD 5000 VS Singaporean PerCapita Income USD 25000
Further The Star made a comparison of prices in Thailand , Singapore and Indonesia .
For Thailand it is quoted at RM3.90/liter, however are they aware that  in Thailand new cars are cheaper than Malaysia by RM10,000? They pay only one life time for their driving license? No renewal fee after that? Also that goes for road tax as well? And do TheStar also aware that you can drive all the way from Hadtyai to Bangkok on a six lane highway without paying  any Tolls ??!!

Whereas here in Malaysia you have to pay yearly renewal for road tax , driving license and TOLLS, TOLLS, TOLLS!!!
For Singapore how can you quote RM 5.20 ? Please quote in Singapore Dollars because they are earning in Sing Dollars. You might as well say Europeans are paying RM10/liter. RM5.20/liter = Sing $ 2.20/liter, still cheaper than Malaysia in view of fact that Singapore is not a crude oil exporter. Are you saying that you fill up petrol in Singapore by paying Ringgit?

In economy, dollar to dollar must be compared as apple to apple. Not comparing like Durian in M’sia is much cheaper than durian in Japan!! Of course-lah, Japan is not durian producer!!! Comparing Malaysian durian with Thailand durian make more sense!!

For Indonesia we might say is cheaper there at RM2.07/liter but compare that to their level of income!
Now, let us compare the price with OIL PRODUCING countries:

UAE  RM1.19/litre
Eygpt RM1.03/litre
Bahrain RM0.87/litre
Qatar  RM0.68/litre
Kuwait RM0.67/litre
Saudi Arabia  RM0.38/litre
IranRM0.35/litre
Nigeria RM0.32/litre
Turkmenistan RM0.25/litre
Venezuela RM0.16/litre
MALAYSIA RM2.70/litre

RM 2.70!!! Individual perspective:

As of last month a Toyota Vios would ‘cause a damage’ of about RM  89,000.
In the international market, a Toyota Vios is about USD 19,000. USD 19,000 = RM 62,700 (using the indicative rates of USD 1 = RM 3.30) That makes Malaysian Vios owners pay an extra RM 26,300.
This RM 26,300 should be cost of operations, profit and tax because the transportation costs have been factored in to the USD 19,000. RM 26,300/ RM625 petrol rebate per year translates to a Vios being used for 42.08 years.

I do understand that the RM 625 is a rebate given by the government, but it also means that one has to use the Vios for 42.08 years just to make back the amount paid in taxes for the usage of a foreign car. Would anyone use any kind of car for that long?

Now with these numbers in front of us, does the subsidy sound like a subsidy or does it sound like a penalty? This just seems to be a heavy increment in our daily cost of living as we are not only charged with high car taxes but also with a drastic increase in fuel Price.

With all the numbers listed out, I urge all Malaysians to join me in analyzing the situation further.

Car taxation is government profit, fuel sales is Petronas’ (GLC) profit which also translates into government profit. The government may ridicule us Malaysians by saying look at the world market and fuel price world wide. Please, we are Malaysians, we fought of the British, had a international port in the early centuries (Malacca), home to a racially
mixed nation and WE ARE NOT STUPID!!!

We know the international rates are above the USD 130/barrel. We understand the fact that the fuel prices are increasing worldwide and we also know that major scientist are still contradicting on why this phenomenon is happening. Some blame Bush and his plunders around the world and some blame climate change and there are others which say petroleum ‘wells’ are getting scarce.

Again we go back to numbers to be more straight fwd

1 barrel = 159 liters x RM2.70/liter = RM 429 or USD 134

On 1 hand, we are paying the full cost of 1 barrel of crude oil with RM2.70 per liter but on the other hand the crude oil only produces 46% of fuel.
Msia sells crude oil per barrel at USD130 buys back Fuel per barrel at USD134. And not forgetting, every barrel of fuel is produced with 2 barrels of crude oil.

1 barrel crude oil = produce 46% fuel (or half of crude oil), therefore 2 barrel crude oil = approximately 1 barrel fuel In other words, each time we sell 2 barrels of crude oil, equivalently we will buy back 1 barrel of fuel.

Financially, Malaysiasell 2 barrel crude oil @ USD 130/barrel = USD 260 = RM 858 then, Malaysia will buy back fuel @ USD 134/barrel = RM 442/barrel Thus, Malaysia earn net extra USD 126 = RM 416 for each 2 barrel of crude sold/exported vs imported 1 barrel of fuel !!!
(USD 260-134 = USD 126 = RM416)

So where this extra USD 126/barrel income is channeled to by Malaysian Govt???????? ?

Another analysis:

1 barrel crude oil = 159 liters.
46-47% of a barrel of crude oil = fuel that we use in our vehicles.
46% of 159 = 73.14 liters.
@ RM 2.70/liter x 73.14 liter = RM197.48 of fuel per barrel of crude oil.
This is only 46% of the barrel, mind you. Using RM 3.30 = USD 1, we get that a barrel of crude oil produces USD 59.84 worth of petrol fuel (46% of 1barrel).
USD 59.84 of USD 130/barrel turns out to be 46% of a barrel as well.

Another 54% = bitumen, kerosene, and natural gases and so many more. And this makes a balance of USD 70.16 that has not been accounted for.
So this is where I got curious. Where is the subsidy if we are paying  46% of the price of a barrel of crude oil when the production of petrol/barrel of crude oil is still only 46%?

In actual fact, we still pay for this as they are charged in the forms of fuel surcharge by airlines and road taxes for the building of road (because they use the tar/bitumen) and many more excuse charging us but let us just leave all that out of our calculations.

As far as I know, only the politicians who live in Putrajaya and come for their Parliament meetings in Kuala Lumpur (approximately 60+ km) are the ones to gain as they claim their fuel and toll charges from the money of the RAKYAT’s TAX.

It is so disappointing to see this happen time and time again to the Malaysian public, where they are deceived by the propaganda held by the politicians and the controls they have over the press.

Which stupid idiot economist equates rebates for rich or poor with the cc of the vehicles? An average office clerk may own a second hand 1300cc proton Iswara costing $7,000 (rebate = $625) while the Datuk’s children can own a fleet of 10 new cars of BMW, Audi and Volvo all less than 2000cc costing $2 millions and get a total rebate of $625 x 10 = $6,250! Wow what kind of economists we are keeping in Malaysia....wonder which phD
certificate that they bought from...

Misleading concept of Subsidy:

The word “subsidy” has been brandished by the BN government as if it has so generously helped the rakyat and in doing so incurred losses. This simple example will help to explain the fallacy:

Example:
Ahmad is a fisherman. He sells a fish to you at $10 which is below the market value of $15. Let’s assume that he caught the fish from the abundance of the sea at little or no cost. Ahmad claims that since the market value of the fish is $15 and he sold you the fish for $10, he had subsidised you $5 and therefore made a loss of $5.

Question : Did Ahmad actually make a profit of $10 or loss of $5 which he claimed is the subsidy?

Answer:
Ahmad makes a profit of $10 which is the difference of the selling price ($10) minus the cost price ($0 since the fish was caught from the abundance of the sea). There is no subsidy as claimed by Ahmad.

The BN government claims that it is a subsidy because the oil is kept  and treated as somebody else’s property (you know who). By right, the oil belongs to all citizens of the country and the government is a trustee for the citizens. So as in the above simple example, the BN government  cannot claim that it has subsidised the citizen!

Hak-hak ahli zimmah (bukan Islam) dalam negara Islam

Sesebuah negara Islam, rakyatnya bukan sekadar dipenuhi dengan orang islam sahaja, bahkan terdapat juga dalam negara Islam itu orang bukan Islam.

Orang bukan islam yang berada dalam negara Islam mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah Islam. Antara hak-hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah kepada non muslim adalah seperti berikut;

a. Hak siasi (hak berpolitik)
b. Hak kebebasan beragama
c. Hak kemasyarakatan

HAK BERPOLITIK

Apabila seseorang non muslim telah melakukan akad Zimmah dalam negara Islam, maka ketika itu, menjadi kewajipan kepada pemerintah menjaga hak non muslim dalam berpolitik.

Antara hak berpolitik yang perlu pemerintah Islam berikan kepada mereka adalah;

a. KEWARGANEGARAAN

Apabila mereka sudah melakukan aqad dengan pemerintah islam, maka wajib pada pihak pemerintah memberi hak kewarganegaraan kepada non muslim tersebut.

Ini jelas dengan tindakan Nabi SAW membina negara Madinah. Semasa membina negara Islam Madinah, tidak semua orang-orang Madinah menganut Islam, bahkan wujud juga sebilangan mereka yang tidak memeluk Islam seperti sebahagian kecil dari kaum Aus dan Yahudi.

Dalam keadaan demikian itu pun, Nabi SAW tidak pernah menafikan hak kewarganegaraan mereka sehingga Baginda SAW telah membuat satu piagam perjanjian antara Kaum Muhajirin dan Ansar dengan Kaum yahudi[1].

Apabila non muslim itu telah diberikan hak kewarganegaraan, maka menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam menjaga hak dan keamanan mereka. Kezaliman tidak boleh dilakukan terhadap mereka disamping hukuman hendaklah dikenakan kepada mana-mana orang islam yang melakukan kezaliman terhadap non muslim tersebut.

Sabda Nabi SAW:

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang kafir yang ada perjanjian dengan pemerintah islam, atau membatalkan haknya, memberatkan kepadanya lebih dari kadar kemampuannya, mengambil daripadanya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan mempertahankanya di hari Kiamat[2]”

Dan juga hadis;
من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله

Maksudnya;
“Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah[3]”

Nyawa kafir zimmi hendaklah dijaga oleh pemerintah Islam. membunuh kafir zimmi dengan tiada hak merupakan salah satu dosa besar.

Sabda Nabi SAW:
مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh kafir yang ada perjanjian, maka dia tidak akan dapat membau bauan syurga, padahal bau syurga itu didapati walaupun jarak perjalanan itu mengambil masa 40 tahun sekalipun[4]”

Sekiranya orang Islam telah membunuh orang kafir zimmi, maka dalam hal ini, ulama berselisih pendapat. Ada ulama menyatakan, tidak boleh membunuh balas (laksanakan hukum qisas) terhadap orang islam tersebut.

Walaubagaimanapun, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mentarjih pendapat bahawa, hendaklah orang islam itu dikenakan hukuman bunuh balas apabila dia membunuh orang, samada orang yang dibunuh itu muslim atau kafir zimmi[5].

Beliau berdalilkan dengan maksud umum dari firman Allah;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى

Maksudnya;
” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita”(Surah Al-Baqarah : 178)

b. BERHAK MEMEGANG JAWATAN KERAJAAN

Menurut Syariah, jawatan dalam kerajaan merupakan hak bersama, bukan hak individu tertentu sahaja. ianya adalah untuk menjaga maslahat untuk semua kehidupan rakyat dalam sesebuah negara.

Dengan sebab itu, Islam meletakkan bahawa, jawatan kerajaan merupakan amanah yang berat. Baginda SAW tidak akan memberi jawatan kepada orang yang meminta. Ianya adalah dibimbangi, dengan keghairahan dia menghendaki jawatan itu, menyebabkan dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang ada disebalik jawatan yang diberatkan kepadanya.

Diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, daripada Abu Musa Al-’Asy’Ari yang berkata, bahawa ada dua orang lelaki datang berjumpa dengan Nabi SAW. Salah seorang itu berkata, ”Ya Rasulullah SAW, Kami telah laksanakan segala perkara yang Allah suruh kamu lakukan”. Dan seorang lelaki lagi berkata dengan perkataan yang sama. Mendengar kata-kata mereka itu, menyebabkan Nabi SAW bersabda;
إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ

Maksudnya;
”Sesungguhnya demi Allah, kami tidak akan melantik seorang pun yang meminta jawatan untuk mengurus sesuatu kerja. Dan juga kami tidak akan melantik seorang pun yang berseronok dengan jawatannya[6]”

Pun begitu, dalam hal yang berkaitan dengan jawatan kerajaan yang diberikan kepada zimmi, ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dalam tulisan ini, iaitu adalah seperti berikut;

Jawatan dari sudut agama
Ulama salaf dan Khalaf sepakat menyatakan bahawa, zimmi tidak boleh memegang jawatan yang berkaitan dengan agama.

Firman Allah:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya;
” Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman”(Surah An-Nisa’ : 141)

Dari ayat ini, jelas bahawa orang kafir tidak boleh memegang jawatan yang melibatkan kepada agama. Hal ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang masyhur bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah”:
أجمع الفقهاء على أن الولايات التي تتصل بأمور العقيدة لا يجوز أن يتقلد إلا مسلم

Maksudnya;
“Fuqaha’ telah sepakat atas sesungguhnya jawatan yang berkaian dengan perkara aqidah, tidak harus dipegang melainkan orang islam”[7]

Termasuk dibawah maksud perkara jawatan agama yang tidak boleh dipegang oleh orang kafir adalah jawatan ketua Negara. Larangan ini adalah bersebab, ketua Negara adalah orang yang akan melaksanakan agama dalam sesebuah Negara. Jika orang kafir memegang jawatan ketua Negara, ini akan menyebabkan berlaku kekacauan bersebabkan orang kafir tidak memahami Islam.

Disamping itu juga, orang kafir bukanlah termasuk dibawah maksud ulil Amri seperti disebut oleh Allah dalam firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu”(Surah An-Nisa’ : 59)

Begitu juga, tidak dibenarkan juga kepada zimmi memegang jawatan kehakiman. Berdasarkan kepada syariah, kehakiman hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ekoran dari itu, mana mungkin non muslim memahami kandungan Al-Quran dan As-Sunnah dalam melakukan keadilan.

Jawatan dari sudut ketenteraan

Dari sudut ketenteraan, Islam memandang ianya adalah perkara yang berkaitan dengan jihad. Ekoran dari itu, bagi memegang jawatan tertinggi dalam tentera, tidak dibenarkan kepada orang kafir zimmi memegangnya.

Firman Allah:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya;
” Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman”(Surah An-Nisa’ : 141)

Jawatan yang tidak berkaitan dengan agama

Adapun jawatan yang tidak berkaitan dengan agama, seperti jawatan kementerian penerangan, kementerian kerjaraya atau semua jawatan yang disebut sebagai ”tanfiz” atau jawatan yang tugasnya sekadar melaksanakan tugasan yang telah diamanah oleh ketua negara yang tidak melibatkan kepada kekuasaan dalam menggubal undang-undang negara, maka itu dibenarkan kepada non muslim memegangnya.

Pun begitu, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ianya bertujuan, agar tidak berlaku pengkhianatan terhadap sesebuah kerajaan islam.

Antara syarat-syarat itu adalah[8];

1. hendaklah zimmi itu dikenali sebagai orang yang amanah.
2. dipercayai pada percakapannya.
3. tidak tamak
4. yang tiada permusuhan dengan orang islam
5. cerdik dan pandai
6. orang yang tidak mengikut hawa nafsu.

Keizinan ini dinyatakan secara jelas oleh Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah” dengan katanya:
وَيَجُوزُ أَنْ يَكُونَ هَذَا الْوَزِيرُ مِنْ أَهْلِ الذِّمَّةِ وَإِنْ لَمْ يَجُزْ أَنْ يَكُونَ وَزِيرُ التَّفْوِيضِ مِنْهُمْ

Maksudnya;
”Dan harus bahawa menteri ini diberikan kepada Ahl Az-Zimmah, walaupun ianya tidak harus pada jawatan kementerian At-Tafwidh[9] dikalangan mereka[10]”

Keizinan ini adalah bersandarkan keizinan meminta bantuan dari non muslim, bahkan ianya juga merupakan salah satu cara memberi keadilan kepada orang bukan Islam dalam sesebuah negara Islam.

Firman Allah:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.* Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(Surah Al-Mumtahanah : 8-9)

c. KEBEBASAN BERSUARA

Islam tidak melarang golongan non muslim menyatakan hak-hak mereka, disamping membenarkan bebas bersuara dalam mengeluarkan pandangan masing-masing.

Tiada satu nas pun dari Al-Quran atau hadis yang melarang golongan non muslim untuk menyampaikan pandangan mereka. Keizinan itu hendaklah selagi mereka tidak mempertikaikan dasar pemerintahan Islam dan tidak mengganggu keamanan, kedaulatan undang-undang dan orang-orang islam dalam sesebuah negara Islam.

Firman Allah;
وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ

Maksudnya;
” Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka”(Surah Al-’Ankabut : 46)

HAK KEBEBASAN BERAGAMA

Islam tidak pernah memaksa orang bukan islam supaya mereka memeluk Islam. Pun begitu, Islam mengambil sikap sering menerangkan Islam kepada mereka agar mereka memeluk Islam. Jika mereka tidak menerima, itu adalah hak mereka dan semuanya diserahkan kepada Allah SWT.

Firman Allah;
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
” Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Surah Al-Baqarah : 256)

Firman Allah ini jelas menyatakan bahawa Islam bukan agama yang memaksa agar orang menganutinya. Bahkan, Islam mengajar manusia agar menggunakan akal pemikiran dengan sebaiknya untuk mereka menganut Islam.

Disamping itu juga, haram bagi pemerintahan islam menggangu tempat peribadatan dan syiar agama mereka[11].

Keadaan ini berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab yang telah menulis satu surat kepada Ahl Al-Quds, yang kandungan surat itu adalah seperti berikut;
هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم

Maksudnya;
“Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu’minin kepada Ahl Iilya’ daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka[12]”

Apabila sudah ada tempat peribadatan mereka yang sudah lama lagi wujud, maka tidak dibenarkan pihak kerajaan Islam meruntuhkannya melainkan bersebab.

Ini dibuktikan dengan tindakan kebanyakan sahabat-sahabat Rasulullah yang tidak meruntuhkan rumah ibadat orang bukan Islam. Omar bin Abdul Aziz telah menulis surat kepada pegawai-pegawainya agar tidak meruntuhkan gereja dan rumah penyembahan api[13].

MEMBINA RUMAH IBADAT

Dalam keadaan itu, ulama berselisih dalam menentukan hukum membina tempat ibadat mereka, apabila ditempat tersebut masih belum ada lagi tempat ibadat.

Menurut Malikiyyah, dibenarkan mereka membina tempat peribadatan mereka, sekiranya tiada di situ penempatan orang islam.

Pendapat ini disokong oleh Imam Al-Kasani dalam kitabnya yang bertajuk “Badai As-Sanai” dan sebilangan lagi dikalangan ulama bermazhab hanafi.

Sekiranya didapati di suatu tempat itu adalah kawasan orang islam, tetapi didapati juga manoriti orang non muslim yang memohon untuk membina tempat ibadat mereka di situ. Dalam hal ini, Imam Ibnu Qasim yang bermazhab Maliki membenarkannya, tetapi bersyarat, iaitu hendaklah mendapat keizinan dari pihak pemerintah terlebih dahulu[14].

HAK KEMASYARAKATAN

Apabila dikatakan Negara, sudah pasti terdapat dalam Negara tersebut masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan, bukan sekadar mereka yang beragama Islam, bahkan terdapat juga mereka yang tidak beragama Islam.

Islam adalah agama yang tidak pernah mengabaikan hak kemasyarakatan, hatta kepada non muslim sekalipun.

Ekoran dari itu, Islam telah menetapkan beberapa perkara penting dalam menentukan hak kemasyarakatan yang perlu ditunaikan oleh pihak orang islam terhadap non muslim dalam sesebuah Negara islam.

Antara perkara penting dalam perbincangan ini adalah seperti berikut;

a. Bergaul dengan mereka

Islam mengajar kepada manusia agar hidup dalam keadaan berkasih sayang dan tegur menegur sesama kita. Galakan itu tidak dikhususkan kepada sesama muslim sahaja, bahkan terhadap non muslim juga.

Pun begitu, ada sebilangan manusia menganggap berkasih sayang dengan non muslim adalah terlarang.

Mereka menyandarkan perbuatan mereka dengan firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali”(Surah Al-Imran : 28)

Firman Allah ini tidak boleh menjadi modal kepada kita untuk menjadikan non muslim sebagai musuh. Adapun maksud sebenar bagi ayat ini adalah larangan dari Allah daripada menjadikan non muslim menguasai orang Islam. Disamping, larangan itu bermaksud berkasih sayang dengan mereka dalam membenci Islam dengan menyerang Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah;
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ

Maksudnya;
” Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka”(Surah Al-Mujadalah : 22)

Maka dengan itu, dari firman Allah ini memberi faham kepada kita, larangan berkasih sayang itu adalah larangan dalam menyerang Allah dan Rasul-Nya, adapun berkasih sayang dengan mereka dalam keadaan tidak menyerang Allah dan Rasul-Nya, ianya adalah perkara yang digalakan dalam Islam, bahkan galakkan itu bertambah, sekiranya dengan berkasih sayang itu boleh menyeru mereka kepada Islam.

b. Buat baik dengan mereka

Buat baik dengan non muslim dalam negara Islam adalah perkara yang dituntut dalam Islam.

Firman Allah;
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah Al-Mumtahanah : 8)

Begitu juga hadis, daripada Abdullah bin ’Amr berkata, bersabda Nabi SAW:
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Maksudnya;
”Orang yang berkasih sayang sentiasa disayangi oleh tuhan yang maha pemurah. Sayangilah mereka di bumi, nescaya akan menyayangi kamu mereka di langit[15]”

Menurut pengarang kitab Aun Al-Ma’bud, yang dimaksud dengan orang yang berkasih sayang dalam hadis ini adalah kepada manusia (tidak kira muslim atau kafir) dan kepada haiwan, iaitu tidak dibenarkan membunuh mereka melainkan dengan kebenaran[16].

c. menghormati perayaan mereka

Islam mengajar kepada muslim agar sentiasa menghormati manusia, samada sesama muslim atau kepada kafir. Menghormati kafir itu sehinggakan kepada perayaan mereka.

Maka dengan itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi membenarkan mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan mereka, walaupun pandangan ini menyalahi pandangan Imam Ibnu Taimiyyah yang menyatakan atas keharamannya dalam satu kitab karangan beliau yang bertajuk ”Iqtida’ As-Sirat Al-Mustaqim”.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dalam kitabnya yang bertajuk ”Fatawa Muasarah”, bahawa harus mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan keagamaan non muslim. Keizinan itu adalah berasaskan kepada sifat kemanusiaan, bukan mengi’tiraf agama mereka.

Firman Allah;
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya;
” Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.”(Surah An-Nisa’ : 86)[17]

d. menziarahi orang sakit di kalangan mereka

Antara ciri-ciri kemasyarakatan dalam Islam adalah menziarahi orang sakit, hatta kepada non muslim sekalipun. Dengan sakit yang menimpa merupakan satu musabah yang menimpa, maka dengan kehadiran orang Muslim kepada mereka, merupakan pengubat duka dalam mereka menghadapi musibah yang menimpa.
 
Perkara ini tidak bercanggah dengan islam, bahkan ianya amat digalakan disebabkan melihat kepada amalan Rasulullah SAW sendiri.

Dalam satu hadis Riwayat Al-Bukhari, Daripada Anas bin Malik yang berkata:
كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ أَسْلِمْ فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;
”Seorang budak yahudi yang sentiasa berkhidmat kepada Nabi SAW telah ditimpa sakit. Nabi SAW telah datang menziarahinya, lalu duduk di bahagian kepalanya. Baginda SAW berkata kepadanya, Islamlah kamu!!. dia melihat kepada bapanya yang berada disisinya. berkata bapanya kepadanya, ikutlah akan Abu Qasim (nabi) SAW, menyebabkan dia Islam. Lalu nabi SAW keluar seraya berkata, Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari Neraka[18]”

PENUTUP

Jika hendak diceritakan tentang tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh pihak kerajaan terhadap non muslim amat banyak. Walaubagaimanapun, kertas kerja ini sedikit sebanyak menggambarkan kepada kita bahawa, pemerintahan islam bukanlah seperti yang digambarkan oleh sebilangan manusia sebagai pemerintahan yang akan menindas golongan non muslim.

Apa yang jelas, pemerintahan islam merupakan pemerintahan yang paling adil. Keadilan yang dijanjikan oleh islam tidak sekadar berlegar dikalangan umat Islam sahaja, bahkan menjangkau kepada mereka yang tidak beragama Islam.

Mudah-mudahan dengan penjelasan ini menjadikan kita memahami bahawa Islam bukanlah agama yang disalah ertikan sebagai agama yang menindas, bahkan Islam adalah agama yang memberi rahmat kepada seluruh manusia dan alam ini.

Sekian, Wallahu ’Alam, Al-Bakistani http://al-bakistani.blogspot.com/
 
[1] Sirah dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW : m.s 422. dan Al-Aqalliyyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 153.

[2] Sunan Abi Daud : 2654.

[3] Hadis ini dinilai doif oleh Syaikh Albani dalam kitabnya yang bertajuk “Ghayah Al-Muram” : m.s 269

[4] Sahih Al-Bukhari : 2930.

[5] http://www.islamonline.net/Arabic/contemporary/2005/07/article01.shtml

[6] Sahih Muslim : 3402.

[7] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 164.

[8] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 175.

[9]Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya

[10] Al-Ahkam As-Sultaniyyah : m.s 44.

[11] Ulama sepakat menyatakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja syiar agama mereka dalam tempat ibadat mereka. Adapun di luar tempat ibadat, ulama berselisih dalam hal ini. Sebilangan ulama membenarkan mereka menzahirkan syiar mereka di luar tempat ibadat. Ulama yang membenarkan itu adalah Al-Kasani dengan katanya;
فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ

Maksudnya;
“Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi” (Badai As-Sanai : 15/240)
Keizinan yang dinyatakan ini, sekiranya tempat itu adalah kawasan penempatan orang non muslim. Adapun pada penempatan orang islam, maka itu di larang. Ini ditegaskan oleh Al-Qurafi.

Dalam mengulas isu ini, Dr Abdul Karim Zaidan berpendapat, larangan ulama dengan menegah zimmi menzahirkan syiar agama mereka di luar gereja di penempatan orang islam adalah kerana hendak menjaga maslahat umum bagi negara Islam.

Maka dengan itulah, Ulama tidak pernah melarang mereka menzahirkan syiar agama mereka di penempatan yang terdiri dikalangan mereka sahaja.

Keadaan ini dilihat kepada kejadian yang berlaku pada zaman Khalid bin Al-Walid yang membenarkan Ahl ’Anat menzahirkan syiar agama mereka di penempatan mereka.

Dalam pada itu, Dandal Jabar, penulis kitab Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami menyatakan, pemerintah Islam boleh membenarkan kepada Ahl Zimmah menzahirkan syiar agama mereka di penempatan orang Islam dan selainnya, itupun hendaklah aman dari fitnah dan terselamat dari fitnah. (Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami: m.s. 302.

[12] Tarikh Al-Rusul wa Al-Muluk : 2/308.

[13] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 288

[14] Ibid : m.s 292

[15] Sunan Abi Daud : 4290 / Sunan At-Tarmizi : 1847 / Musnad Ahmad : 6206.

[16] Aun Al-Ma’bud : 10/472.

[17] Al-Fatawa al-maasarah : 3/672

[18] Sahih Al-Bukhari : 1268.

Posted by al-Bakistani
.

UMNO baru kenal perlembagaan Negeri


Bila “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad sebagai Perdana Menteri mengatakan bahawa isu pelantikan Menteri Besar itu tidak berperlembagaan dan kemudian dituruti dengan satu kenyataan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan di Perak yang akan membuat memorandum untuk menghalang Raja Perak bersetuju melantik Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak yang mengandungi enam orang bukan Melayu atau ringkas orang Cina, maka rakyat yang tidak tidur dan cerdik sedikit dengan mereka-mereka ini bertanya? Apa faktanya?

Adakah benar Pemangku Raja Terengganu sudah melantik seorang Menteri Besar yang tidak mengikut Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu. Maka ini bererti undang-undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri Terengganu sekian lama dari sebelum Merdeka telah dinodai oleh Sultan Terengganu kerana semua orang tahu dalam soal pelantikan seorang Menteri Besar adalah kuasa mutlak Sultan dan dia boleh memilih siapa sahaja dan hanya selepas Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi dalam sebuah negara Merdeka, Menteri Besar itu mestilah seorang ahli Dewan Undangan Negeri.

Maka jika Ahmad Said bukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri maka Sultan sudah mencabuli dan melampau haknya sebagai seorang Sultan dalam negeri Terengganu dan pelantikan Ahmad Said tidak boleh diterima dan batal.

Khabarnya persoalan ialah kerana Ahmad Said bukan nama yang dicadangkan oleh Presiden partinya yang kebetulan masih menjadi Perdana Menteri. Maka surat yang dihantar kepada Sultan atas sifat apa? Jika dia hantar atas sifat Perdana Menteri, maka Sultan boleh menolaknya kerana Terengganu bukan diatasi kuasa jajahan Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya jika dibuat atas nama Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional untuk meminta Sultan melantik nama yang dicadangkan maka jika surat itu tidak dilayan dan sudah diketahui umum bahawa tidak diperkenankan maka sewajarnya Presiden UMNO atau Pengerusi Barisan Nasional memohon menghadap Sultan supaya penjelasan empat mata dapat diberikan dan diperbincangkan. Kerana jika Sultan menolak cadangan itu sudah pasti ada alasannya jika didedahkan akan mencemarkan nama UMNO atau Perdana Menteri sendiri.

Akhirnya bila selalu sangat menjual Islam Hadhari yang bermaksud ada had dan ada harinya oleh Abdullah Hj Ahmad dan di ikut secara membuta tuli oleh pemimpin UMNO Terengganu, ini lah kesudahannya bila sampai memerlukan sikap hadhari di dalam diri menghadapi krisis, Hadhari akan ditinggal di kaki lima atau koridor, kerana Hadhari ialah menerima qada dan kadar Allah kerana semuanya di tangan Allah yang menentukan.

Jika sudah ditakdirkan hilang jawatan dalam sekelip mata, bukan sahaja kerana kecuaian manusia tetapi sudah pasti ketentuan Allah. Akhirnya Islam Hadhari lebih dihayati oleh bukan Islam yang bernama Koh Tsu Kon yang menerima keputusan kekalahan dengan tangan terbuka dan secara “budiman” menyerahkan tugas Ketua Menteri kepada pengganti yang datang dari Parti lain dan sekutu Barisan Nasional.

Berbeza dengan Imam Besar Islam Hadhari di peringkat Negeri Terengganu bila mana tidak dapat membaca keadaan dan situasi bila Pemangku Raja terlalu lewat atau tidak memanggil terus masuk menghadap bagi menerima watikah dilantik ke jawatan Menteri Besar. Masalahnya dia masih mengharap, sebaliknya jika dia benar-benar semua kerana Allah, sewajarnya dia menghantar surat meletakan jawatan Menteri Besar supaya jalan penyelesaian demi kepentingan umah atau biasanya digunakan dalam UMNO kepentingan Parti UMNO lebih mendahului kepentingan diri dapat dilaksanakan.

Setengah orang yang mahu memahami isu Menteri Besar Terengganu akan bertanya adakah Ahmad Said bila menjadi Menteri Besar mewakili peribadinya atau nama UMNO Terengganu. Jika nama peribadinya sewajarnya di pecat dalam UMNO tetapi jika dia berkata, dia mewakili UMNO Terengganu, maka di mana salahnya? Bukankah UMNO Terengganu masih lagi menguasai Kerajaan Terengganu dan Ahmad Said sendiri adalah salah satu dari Lima Ketua UMNO Bahagian yang bergelar Yang Berhormat dari empat yang mewakili Dewan Negeri.

Pemikir-pemikir UMNO mungkin terlupa bahawa Terengganu adalah antara negeri yang termasuk terawal dalam Malaysia dalam Negeri Melayu Beraja menghadapi masalah pelantikan Menteri Besar atau bermasalah dengan Menteri Besarnya selepas Perak, dan kemudian Pahang dan Negeri Sembilan.

Bagaimana di dalam sejarah Malaysia yang mengamalkan dasar demokrasi terpimpin, tidak ada sejarah akhirnya orang politik menang bila cuba untuk menjadikan raja hanya sekadar boneka. Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan termasuk Johor. Kesemua negeri-negeri ini akhirnya Raja yang menjadi pemutus dalam isu haknya yang dijamin oleh British bila persetujuan menjadikan negeri sebahagian Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian bertukar kepada nama Malaysia di tahun 1963.

Kesimpulan maka perlu Abdullah Hj Ahmad dalam Kerajaan Tiga Beranaknya yang disokong oleh pemimpin UMNO yang penuh plaster satu badan, jika tidak menyokong kepimpinan Abdullah Hj Ahmad, BPR akan digunakan membuka plaster itu maka akan ternampak segala kudis dan pekong yang membalut wajah-wajah mereka. Menerima hakikat pelantikan Ahmad Said adalah kuasa Sultan melalui Pemangku Rajanya dan tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak.

Dan belajarnya kepada insiden yang berlaku dalam negeri Sabah di pertengahan tahun 1985/86 bila mana ada usaha cuba menggulingkan kerajaan majoriti mudah kerajaan Parti Bersatu Sabah oleh USNO dan Berjaya dengan bersemboyankan kepentingan Melayu dan Islam berakhir pembubaran Dewan Negeri dan kemudian diadakan Pilihan Raya semula dan berkeputusan PBS memenangi semula dengan majoriti dua pertiga.

Jika di Amerika Syarikat ada dua elemen penting yang menentukan keputusan Presiden ialah Ketua Staf Rumah Putih dan Penasihat Keselamatan, maka begitu juga di Perdana Putra, pejabat yang jarang dimasuki oleh Abdullah Hj Ahmad kerana banyak kerja dibuat di Sri Perdana, maka penasihat-penasihat selaku Ketua Staf Seri Perdana yang bernama Zaki dan penasihat keselamatannya yang bernama Vincent supaya jangan bermain bunga api kerana bunga api boleh menjadikan kebakaran.

Dan yang terpenting perlu di ingat bahawa Ahmad Said sudah menerima surat watikah sebagai Menteri Besar, dan bagi mengujudkan kerajaan dia memerlukan satu barisan Exco dan sekiranya dia mengambil kesemua 6 ahli dewan negeri dari PAS itu sebagai Exco dan dia berhak melakukan kerana dia tidak berparti maka terbentuklah satu kerajaan. Jika sudah terbentuk satu kerajaan dia mula berkuasa secara undang-undangnya dan Perlembagaan Negeri.

Maka kuasa untuk memberhentikannya ialah Dewan Undangan Negeri yang akan membuat usul undi tidak percaya. Katakan jika notis itu sudah dibuat, dia tidak boleh dilakukan dalam masa yang sama majlis mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negeri dan memerlukan tarikh dan masa yang lain. Soalnya dia boleh mentadbirkan negeri tanpa mengira soal majoriti dalam Dewan Negeri dan penghujung selaku Menteri Besar, dia memohon kepada Pemangku Raja untuk membubarkan Dewan Negeri.

Maka persoalan hendak membuat di MAGERAN di Terengganu hanya sekadar angan-angan kerana setiap undang-undang MAGERAN hendak diluluskan di Parlimen dengan keadaan Kerajaan Tiga Beranak tidak menguasai dua pertiga dalam Parlimen maka bagi meluluskan adalah terlalu sukar bertambah pula kuasa muktamadnya kepada Yang Di Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu sendiri.

  Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu 

KAEDAH PERLANTIKAN MENTERI BESAR TERENGGANU HENDAKLAH MENGIKUT UNDANG2 BAGI DIRI KERAJAAN NEGERI TERENGGANU 1911 DENGAN PINDAAN PADA TAHUN 1948.01.21 MASEHI BERSAMAAN 1367.3.10.

BAGI DIRI Negeri TERENGGANU 1911 (11.11.1911) DENGAN PINDAAN (DITAMBAH KEPADA UNDANG2 DIRI 1911 PADA 21.01.1948 DIKUATKUASA PADA PADA TARIKH YANG SAMA ( FASAL 1 (2) ) YANG DIZIN.

FASAL 5 UNDANG2 BAGI NEGERI TERENGGANU( YANG DIPINDA PADA TAHUN MASIHI 1948)

FASAL 5 MEMPERUNTUK RAJA MEMERINTAH MENGIKUT UNDAND2. RAJA BERKUASA MELANTIK MB DAN JUA PADA UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU TAMBAHAN 1948 DIBAWAH FASAL10(I) DAN FASAL 14(1)(2) .

PERUNTUKAN DIBAWAH UNDANG2 DIRI NEGERI TERENGGANU 1911 FASAL 29 MEMILEH DAN MENJADIKAN MB DAN NAIBNYA ADALAH SEMATA2 HAK BAGI SULTAN (TIDAK DIPINDA)

DIDALAM TAMBAHAN PADA TAHUN 1948 DIPERUNTUKAN DIBAWAH FASAL 10 PERLANTIKAN MB DYMM HENDAKLAH MELANTIK DENGAN SURAT LANTIKAN YANG DITANDA TANGANI OLIH BAGINDA DENGAN MEMAKAI MOHOR NEGERI SEORANG MB MENGIKUT SYARAT2 PERENGAN (1) DIBAWAH SYARAT (2)

FASAL 14 (2)(1) DAN (4) DYMM HENDAKLAH MULA2 MELANTIKAN DAHULU MB UNTUK MENGETUAI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN SEORANG AHLI DUN…

FASAL 14(4) TAKALA MELANTIK SEORANG MB MAKA BOLIHLAH DYMM MENGIKUT TIMBANGAN BAGINDA SENDIRI, MENINGGALKAN MANA2 SYARAT DALAM FASAL 10 YANG MENGHADKAN PILIHAN BAGINDA AKAN MB ITU JIKA SEKIRANYA PADA FIKIRAN BAGINDA MUSTAHAK MENINGGALKANYA KERANA HENDAK MENUNAIKAN KEHENDAK2 FASAL 10 INI.

Jelas perlantikan MB adalah HAK KUASA MUTLAK BAGINDA DYMM AL-SULTAN.
.

Oil price / Harga minyak (still relevant)


Thursday, June 5, 2008
Oil Price
(VERSI BAHASA MALAYSIA DI AKHIR ARTIKEL INI)

The price of crude oil has increased by 400 percent in the last three years. It follows that the price of products must increase, sooner or later. In other countries petrol prices had already increased. In the United Kingdom one litre of petrol sells for more than one pound sterling or RM7. In the United States it is about RM5.

That the price in neighbouring countries has gone up is shown by the rush to fill up by Thai and to a lesser extent Singapore vehicles.

The Government has now announced an increase in petrol price by 78 sen to RM2.70 per litre, an increase of more than 40 per cent.

I may be mistaken but there seems to be less vehicles on the road today. But obviously that is not all that will happen. All other consumer goods, services and luxury goods would increase in price.

The cost of living must go up. Put another way there will be inflation and the standard of living will go down.

Obviously our increase in petrol price is far less than in the United Kingdom or the United States. But our per capita income is about one-third of theirs. In purchasing power terms our increase is more than in the UK or the US.

The increase hurts but the pain is greater not just because of the increase percentage-wise is higher than in developed countries but because of the manner the increase is made.

A few days ago the Government decided to ban sale of petrol to foreign cars. It flipped. Now foreign cars can buy again. Flopped.

Knowing that in a few days it was going to raise the price and foreigners would be allowed to buy, why cannot the Government just wait instead of banning and unbanning.

But be that as it may what could the Government have done to lessen the burden on the people that results from the increase in petrol price.

In the first place the Government should not have floated the Ringgit. A floating rate creates uncertainties and we cannot gain anything from the strengthened Ringgit. Certainly the people have not experienced any increase in their purchasing power because of the appreciation in the exchange rate between the US Dollar and the Ringgit.

Actually the Ringgit has increased by about 80 sen (from RM3.80 to RM3.08 to 1 US Dollar) per US Dollar, i.e. by more than 20 per cent. Had the Government retained the fixed rate system and increased the value of the Ringgit, say 10 per cent at a time, the cost of imports, in Ringgit terms can be monitored and reduced by 10 per cent. At 20 per cent appreciation the cost of imports should decrease by 20 per cent. But we know the prices of imported goods or services have not decreased at all. This means we are paying 20 per cent higher for our imports including the raw material and components for our industries.

Since oil prices are fixed in US Dollar, the increase in US Dollar prices of oil should also be mitigated by 20 per cent in Malaysian Ringgit.

But the Government wants to please the International Monetary Fund and the World Bank and decided to float the Ringgit. As a result the strengthening of the Ringgit merely increased our cost of exports without giving our people the benefit of lower cost of imports.

This is not wisdom after the event. I had actually told a Government Minister not to float the Ringgit three years ago. But of course I am not an expert, certainly I know little about the international financial regimes.

I believe the people expect the increase of petrol price. But what they are angry about is the quantum and the suddenness. The Prime Minister was hinting at August but suddenly it came two months earlier, just after the ban on sale of petrol to foreigners.

If the increase had been more gradual, the people would not feel it so much. But of course this means that the Government would have to subsidise, though to a decreasing extent.

Can the Government subsidise? I am the “adviser” to Petronas but I know very little about it beyond what is published in its accounts. What I do know may not be very accurate but should be sufficient for me to draw certain conclusions.

Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.

Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.

Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).

But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.

By all accounts the Government is flushed with money.

But besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin have also increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now earn as much as RM3 billion in profits each. Taxes paid by them must have also increased greatly.

I feel sure that maintaining the subsidy and gradually decreasing it would not hurt the Government finances.

In the medium term ways and means must be found to reduce wasteful consumption and increase income. We may not be able to fix the minimum wage at a high level but certainly we can improve the minimum wage.

Actually our wages are high compared to some of our neighbours. The investors who come here are attracted not by cheap labour but by other factors, among which is the attitude of the Government towards the business community and the investors in particular.

From what I hear business friendliness is wanting in the present Government – so much so that even Malaysians are investing in other countries. There are rumblings about political affiliations influencing decisions. Generally Government politicians are said to be arrogant.

Malaysia is short of manpower. The labour intensive industries are not benefiting Malaysians. Foreign workers are remitting huge sums of money home.

The industrial policy must change so that high tech is promoted in order to give Malaysians higher wages to cope with rising costs of living.

The world is facing economic turmoil due to the depreciation of the US Dollar, the sub-prime loan crisis, rising oil and raw material prices, food shortages and the continued activities of the greedy hedge funds. The possibility of a US recession is real. In a way the US is already in recession. The world economy will be dragged down by it.

Malaysia will be affected by all these problems. I wonder whether the Government is prepared for this.

We cannot avoid all the negative effects but there must be ways to mitigate against them and to lessen the burden that must be borne by all Malaysians. I am sure the Government will not just pass all these problems to the people as the review of oil prices every month seem to suggest.

*****


Harga Minyak

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.

Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.

Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.

Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga.

Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun.

Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!

Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.

Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.

Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika.

Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industri

Oleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia.

Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import.

Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi. Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.

Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing.

Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun.

Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian.

Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.

250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).

Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang.

Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi.

Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan.

Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima.

Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur.

Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara. Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong.

Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.

Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun.

Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini.

Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan. Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan.

Posted by Dr. Mahathir Mohamad at 12:56 PM

.

Tuesday, January 11, 2011

Master Gardener

Would you believe he puts his front lawn pot plants away every nite and put them up every day for people to admire!!

For years we have passed this house and marveled at the floral display at 3725 No. Vassault St. in Tacoma . Last year there was no display and we had wondered if the Asian man who owns this house was ill. This year the display was back in force and we stopped this past Sunday to photograph it. went up to the owner and told him how much we had enjoyed his garden all these years and he invited us to tour his creation. We found the backyard to be as beautiful as the front. He is Vietnamese, shy, very soft spoken, and speaks very little English, so we couldn't discuss too much with him about the garden. I hope you all enjoy this as much as we did.

View from the street, which always catches our attention.



As you can see a lot of the flowers are in pots. I guess this is so they can be changed easily.


The front of the house is not neglected,either. I wonder if he takes the pots in at night to keep them from being stolen.


Here is the master gardener! I wish we could have communicated. I will print up some of these photos and give them to him.


A Buddhist shrine.


No words need.


Look at how precise the hanging pots are lined up.


Entrance to the backyard.


And here is the backyard. WOW!


More of the back.


More hanging baskets.


And more baskets.


Here is a real beauty.


Billee's hand shows the size. It is hard to believe this is one man's work and I believe he must work on it every day, all day long.

What an accomplishment, and joy for his neighbors.
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...