Friday, July 30, 2010

LIMPAH: Ramadhan Tiba, Sayangilah Mereka !

Setelah membaca tolong sebarkan pada kenalan agar mereka juga dapat beramal jariah seperti anda)
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera.

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH)  adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH  memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma".
Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.

BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN;

1. Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)

2. Cek: atas nama LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU.

3. Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

4. Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha' puasa Ramadhan kerana uzur syar'ie.

5. Bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering).

6. Barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

7. Peralatan rumah dan dapur.

8. Peralatan pejabat baru/terpakai.

9. Anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

10. Menaja sewa premis pejabat dan asrama.

11. Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom).

12. Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan.


LIMPAH  sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan anak-anak ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Setiap sumbangan melebihi RM1,000 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan.
Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132



 (Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad)
018-2183001
(Ustazah Normala bt Muhammed)
013-2931490




Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku


 

Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku

http://saifulislam.com/?p=7345

 

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/01/yop-khalifah.jpg

"Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?" saya melontarkan soalan kepada seorang teman.

Wajahnya berubah sedikit.

Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.

Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai". (H.R. Ibnu Majah)

ANTARA MA'RUF DAN MUNKAR

"Ma'ruf menjadi munkar dan munkar menjadi ma'ruf?" tanya beliau.

"Ya. Ma'ruf bermaksud sesuatu yang well-known. Benda yang diterima dan menjadi kebiasaan. Munkar pula bermaksud sesuatu yang dibantah dan dinafikan kerana asingnya benda itu daripada kehidupan" saya memetik pengertian dua kalimah yang sangat penting itu.

"Wah, perkataan itu sangat tangible. Mudah sahaja ma'ruf bertukar menjadi munkar dan munkar menjadi ma'ruf kalau kejahatan sudah diterima dan kebaikan semakin asing daripada kehidupan" simpul beliau.

"Allahu Akbar. Benar sekali. Justeru berbalik kepada soalan awal kita, apakah yang nak kita tanamkan dalam jiwa anak-anak untuk mendepani fitnah yang besar ini?" saya berbalik ke topik asal perbualan.

Pendidikan anak-anak.

Menyedari akan hal ini, saya membuat kesimpulan, pendidikan agama yang menekankan hafalan Sifat 20, menghafal rukun Iman, menekankan hafalan lengkap 30 juzuk al-Quran, mengejar mata pencapaian peperiksaan pada belasan subjek akademik dan Diniyyah, bukan suatu jaminan keselamatan untuk menghantar anak ke masa depan yang penuh cabaran itu. Silibus sedia ada pada kebanyakan sekolah masih belum meyakinkan saya.

Mengukir agama pada jiwa anak-anak memerlukan satu proses yang tidak ada pada silibus sedemikian rupa. Justeru perjalanan hidup saya masih meneroka jalan keluarnya, mencari penyelesaiannya.

Terkenang kepada pesanan Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam tentang pendinding yang menyelamatkan manusia daripada fitnah intelektual Dajjal yang terzahir pada Materialisma.

Materialisma bukan gila kebendaan semata.

Ia adalah fahaman yang memaut makna pada yang tersurat hingga buta pada yang tersirat.

Berikut pesan Baginda:

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/07/ashabulkahfi06.jpg

Surah al-Kahfi!

Kita digesa Sunnah melaziminya.

Menghidupkan malam Jumaat pada membaca dan menekuninya.

Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2009/07/ashabulkahfi03.jpg

Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.

Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).

Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.

Seluruh wacana dan dakwah saya berkisar pada hal ini. Tetapi saya patah sebelah kaki pada memikirkan bagaimanakah semua ini boleh saya terapkan ke jiwa anak-anak. Jika John C. Maxwell berkata, "genius is about changing something complicated into simple", hakikatnya saya masih belum cukup genius untuk memindahkan fikrah Islam dinamik ini kepada format yang boleh diserapkan ke jiwa anak-anak.

Saban hari saya berdoa.

Mencari panduan.

PENEMUAN PENTING

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/01/profalmahdi.jpg

Allah melorongkan jawapan kepada doa saya itu apabila ditemukan dengan Khalifah Model School yang diasaskan oleh al-Marhum Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi yang juga mengasaskan yayasan induknya, Khalifah Institute.

Alhamdulillah.

Membaca temuramah Majalah I dengan beliau pada Januari 2006, ia adalah pertemuan pertama saya dengan Prof. Dr. Muhammad.

Temuramah itu tidak begitu menjelaskan apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Khalifah Method.

Justeru saya kurang tergerak untuk mendalaminya ketika itu.

Tetapi perjalanan hidup beliau sebagai seorang saintis di dalam pelbagai disiplin amat menarik perhatian saya. Bermula daripada fizik dengan Teori Relativiti Masa Einstein yang akhirnya menukar keyakinan beliau sebagai seorang atheist kepada meyakini wujudnya Tuhan. Setelah lama mendalami ilmu psikologi untuk memahami manusia, hingga mengatasi teori gurunya yang merupan ahli psikologi paling berpengaruh untuk kurun ke-20 iaitu Burrhus Frederic Skinner, Prof. meneruskan kembara di bidang Teologi untuk melengkapkan pencariannya.

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2010/01/skinner.jpg

Burrhus Frederic Skinner – [Wikipedia]

Saya gementar membaca teori Skinner tentang pendidikan.

Teori itu sangat menjelaskan tentang mekanisma pembelajaran manusia dan ia amat efektif pada mencorakkan manusia untuk menjadi apa sahaja yang kita mahukan. Skinner menekankan bahawa positive reinforcement (penguatkuasaan secara positif) lebih berkuasa dalam mendidik berbanding punishment (menghukum) kerana melalui hukuman, manusia akan hanya belajar kaedah mengelak daripada dihukum.

Skinner berpendapat, ada lima halangan yang menghalang proses pembelajaran seseorang:

1.    Manusia takut kepada kegagalan.

2.    Tugasan yang diberi tidak dipecahkan kepada langkah-langkah kecil yang mencukupi.

3.    Tiadanya arah tuju dan matlamat.

4.    Arah tujuan yang ada pula tidak cukup jelas.

5.    Ketiadaan penguatkuasaan positif (positive reinforcement).

Skinner memberikan pandangan bahawa apa-apa sahaja kemahiran yang mengikut kesesuaian tahap umur, boleh diajar dengan menggunakan lima prinsip sebagai rawatan kepada lima halangan itu tadi:

1.    Berikan reaksi dan maklum balas kepada pelajar itu secara serta merta.

2.    Pecahkan tugasan kepada langkah-langkah kecil yang mencukupi.

3.    Ulangi soal arah dan matlamat seberapa kerap yang mungkin.

4.    Laksanakan daripada sesuatu yang paling simpel kepada yang paling kompleks.

5.    Memberikan penguatkuasaan positif (positive reinforcement).

Teori Skinner ini sangat meluas aplikasinya di Amerika Syarikat.

Tetapi Prof. Muhammad al-Mahdi setelah 40 tahun mendalami bidang psikologi, khuatir dengan teori Skinner yang sangat berpotensi untuk dimanipulasi keberkesanannya itu, mencari NILAI untuk dijadikan landasan teori Skinner. Beliau mengembara ke serata alam, mendalami agama HINDU dan BUDDHA tetapi kembara mencari Tuhan beliau, berakhir dengan Syahadah Laa Ilaaha Illallaah.

Beliau memeluk Islam. Kenalan di Indonesia mencadangkan nama Muhammad al-Mahdi kepadanya.

Lahirlah Khalifah Method, iaitu suatu teori pendidikan yang berjaya diterjemahkan menjadi satu sistem pendidikan apabila penemuan psikologi (Sunnatullah), disendikan oleh Islam sebagai Syariatnya.

Mungkin terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan tentang apa yang saya faham mengenai Metod Khalifah. Tetapi menerusi bengkel sehari anjuran Khalifah Model School untuk ibu bapa yang baru menghantar anaknya ke sekolah berkenaan, saya berasa tarikh 2 Januari 2010 semalam, adalah salah satu tarikh terpenting dalam hidup ini.

RUMUS RINGKAS

Kebijaksanaan tinggi Metod Khalifah adalah pada memudahkan aplikasi kepada kanak-kanak seawal usia sekolah rendah.

Pelajar ditanamkan kepercayaan tentang sebab untuk mereka sentiasa menjadi cemerlang iaitu pada menghayati maksud perlantikan Allah ke atas diri mereka sebagai Khalifah. Kesedaran tentang menjadi seorang khalifah menolak mereka untuk mengeluarkan potensi diri masing-masing ke tahap tertinggi. Menghayati maksud diri menjadi hamba Allah pula, menjadikan mereka sentiasa 'bersama Allah'.

Metod Khalifah mengajar kanak-kanak tentang pengurusan tingkah laku melalui proses merasa daya intelektual. Murid-murid diajak dari semasa ke semasa menghayati proses kontemplasi (zikir dan fikir) untuk melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka melihat pokok, batu, kereta dan apa sahaja yang ada di sekeliling kehidupan dan memikirkan mengenainya proses kejadiannya hingga sampai kepada Allah.

Saya juga teruja dengan teknik yang digunakan oleh Metod Khalifah pada mendidik murid-murid menggunakan freewill (kebebasan memilih) masing-masing. Mereka diajar tentang kewujudan freewill sebagai kebebasan yang dimiliki oleh setiap manusia merdeka, tetapi freewill itu dibentuk agar sentiasa menjadikan Allah sebagai paksi membuat pilihan dalam kehidupan.

Ia sangat selaras dengan istilah Mendidik Anak Dengan Ilmu Kebal yang pernah saya tulis sebelum ini.

Metod Khalifah juga mendidik pelajar dan ibu bapa menggunakan kata hati atau internal monologue. Manusia lebih banyak berkata-kata kepada dirinya berbanding berkata-kata dengan orang lain. Positif atau negatifnya seseorang itu banyak merujuk kepada apa kata-kata hatinya. Mempositifkan kata hati ini sangat berkesan pada membantu menukar seorang insan yang pesimis kepada optimis, positif dan mempunyai mekanisma koreksi diri sendiri yang sangat berkuasa pada menghidupkan iman di dalam diri kita.

Teknik yang diguna pakai oleh Metod Khalifah membantu murid-murid mengesan kewujudannya di dalam diri dan seterusnya memperbaiki fikiran mereka agar positif dan bermotivasi dalam kehidupan.

PEMBABITAN IBU BAPA

Apa yang lebih saya hargai ialah pada kesungguhan pihak Khalifah Model School mengkursuskan ibu bapa agar metod yang diguna pakai, turut dilaksanakan secara holistik di rumah. Ia adalah sebuah metod yang membantu ibu bapa menbentuk anak-anak dan dalam masa yang sama membantu anak-anak membentuk ibu bapa!

Melalui kursus keibubapaan wajib yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, ibu bapa dibetulkan pandangan alam mereka, diperkenalkan dengan Law of Learning dan seterusnya diberi latihan untuk mengaplikasikan Positive Reinforcement di dalam kehidupan seharian.

Ibu bapa juga sangat dilibatkan dengan sekolah sebagai sukarelawan. Mereka boleh memberikan ceramah perkongsian kerjaya kepada anak murid, dan membantu apa sahaja sesuai dengan konsep sekolah komuniti yang dimahukan oleh al-Marhum Prof, sebagai pengasasnya.

BUKAN BENDA BARU

Segalanya bukan benda baru. Tetapi ia adalah rumusan kepada sari pati ajaran al-Quran dan al-Sunnah pada mengatur Sunnatullah dalam proses membentuk manusia. Lebih mengujakan saya, kecemerlangan akademik turut mengiringi pendekatan ini secara by-product, Insya Allah.

Alangkah bertuahnya saya jika berpeluang untuk belajar secara langsung daripada Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi semasa hayat beliau.

Namun pemergian al-Marhum bukanlah penghalang.

Salah satu keajaiban yang pernah berlaku ialah kira-kira 3 bulan terakhir hayatnya yang dibelenggu kanser paru-paru, Prof. Dr. Muhammad telah secara intensif menumpahkan seluruh ilmu dan pengalamannya kepada kira-kira 30 sukarelawan hingga tersedianya segala fondisi yang membentuk Khalifah Model School. Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi kembali ke Rahmatullah kira-kira dua minggu selepas misinya selesai.

Pelaburan saya ialah pada menghantar Muhammad Saiful Islam, dan Insya Allah juga adik-adiknya nanti ke sekolah berkenaan. Saya juga meletakkan azam untuk mendalami Metod Khalifah dengan lebih terpeinci lagi agar ia boleh disebar luaskan sebagai solusi kepada pendidikan anak Ummah, Insya Allah.

Saya sudah tidak lagi cemburu dengan Laskar Pelangi!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

http://saifulislam.com/?p=7345

 

 

 

 

segala puji hanya bagi Allah

Narrated Tariq:
'Abdullah said, "The best talk is Allah's Book (Qur'an), and the best guidance is the guidance of Muhammad."

Bukhari :: Book 8 :: Volume 73 :: Hadith 120

 

Menulis bukan untuk memberi TAHU tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada

mengumpul pengetahuan, tetapi menyuluh jalan kembara insan mencari TUHAN! - Abu Saif (Ustaz Hasrizal - http://saifulislam.com)

 



IsRael

Note: 
Please note the highlighted: Malaysian Prime Minister




Thursday, July 29, 2010

Merayu bantuan: Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib


Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur .
Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung
berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang
Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh
dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah
bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya, yang
berharga lebih kurang RM 3,000.00

2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.

3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan/ Puan.

Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga. Sebarang sumbangan harap dapat  disalurkan ke akaun / atas nama:- 
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No
1427 006 1573 521

Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012-658 0456 / 013-695 3030.
Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat mem bala s budi baik Tuan/Puan. Saya doakan semogaTuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.
Sekian, terimakasih.
Adiranna Alysya

P/S: JANJI ALLAH KEPADA UMATNYA:

SETIAP SATU YANG KITA SEDEKAHKAN IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T, AKAN DIGANTIKAN DENGAN 10 KALI GANJARAN.

Kekuatan Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :              


Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.  
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"  
   
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),  
   
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"  

Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),  
   
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"  

Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),  
   
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"  

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin"   (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),  
   
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"  

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ". 
   
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih tulus  dan ikhlas   tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain  
   
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya"  
   
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.  
   

Ganjaran bersedekah

   
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.  

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :   

    Allah Ta ' ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah ..  {Qs. Al Lail (92) : 5-8}   

    Allah Ta ' ala berfirman, "Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui"  {Qs. Al Baqarah (2) : 261}   

    RasulAllah SAW bersabda, Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah ". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya .
   

Tolak Bala dengan Sedekah

   
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :   

    Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah 

    Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah 

    "U batilah penyakitmu dengan sedekah .

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.
  
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
   
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah  
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum ' at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat , misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.  

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.  
   

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

   
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus kecuali tiga hal  : amal jariyah ilmu yang bermanfaat  atau anak shalih yang mendo ' akannya  (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).  
   
Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir  walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal :
   

SADAQAH JARIAH – 
KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR 
 
AL SADAQAT AL JARIYAH –   
THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU ! 
 
1.       Berikan Al-Quran pada seseorang , setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.
2.       Ajarkan seseorang sebuah do ' a . Pada setiap bacaan do ' a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua.. With each recitation, you will gain hasanaat.
3.       Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.
4.       Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.
5.       Tempatkan pendingin air di tempat awam .
Place a water cooler in a public place.  
6.       Edarkan bacaan yang membangun  dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.
7.       Libatkan diri dalam pembangunan masjid .
Participate in the building of a mosque.  
8.       Edarkan CD Quran atau Do ' a  
Share a dua or Quran CD.  
9.       Bantulah pendidikan seorang anak  
Help in educating a child.  
10.   Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain . Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.
   
Jadilah dia " sejuta artikel " dengan meneruskan artikel  ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :  

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan   dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk  

Dari Abdullah bin ' Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda:  " Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ".  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...