Thursday, May 28, 2009

Talqin

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku,

malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - 'Kullu nafsin za iqatul maut'

Firman Allah swt, 'Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.' Surah Al-A'sr .

Dari Abdullah bin 'Amr R..A, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat...'

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur 'masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN' dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.'

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka.

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7.. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9.. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

The Real Face.....do you believe?

Pesanan Dr. Fadilah Kamsah

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Mari Mendidik anak-anak agar jauh dari sekularisme

Mari Mendidik anak-anak

Salam Kamunting, Mendidik adalah satu tugas yang besar. Ia adalah permulaan pembinaan setiap insan, samada ia terus kekal sebagai manusia yang diciptakan dengan segala kelebihan, atau ia akan beralih dan bertukar menjadi seburuk - buruk kejadian di alam ini dengan terbentuknya sifat - sifat kebinatangan yang melampaui binatang dan haiwan sendiri.Mendidik adalah satu tugas besar dan langsung setiap al rasul ( Lihat al Jumuah 2 ).

Nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam diutuskan kepada kaumnya yang buta huruf. Baginda yang buta huruf membacakan untuk kaumnya ayat - ayat al Quran, mendidik dan menyucikan jiwa dan mengajar mereka memahami al kitab dan al hikmah.


Pendidikan adalah ilmu warisan para anbiya. Ia penuh hikmah dan penuh rahsia yang merungkai kekusutan di dalam memahami manusia.Ia adalah warisan yang wajib diwarisi. Dengannya setiap insan menjaga dirinya dan diri ahli keluarganya. Dengannya seorang ketua menjaga anak buahnya dan dengannyalah sebuah negara menjaga rakyatnya. Ia adalah kewajiban. Kewajiban mendidik dan kewajiban mengambil pendidikan itu daripada al rasul.Mendidik diri hendaklah dengan ilmu. Anda akan gagal mendidik diri jika anda tidak merujuk kepada petunjuk dan ilmu agama.


Mendidik anak - anak juga hendaklah dengan ilmu. Anda akan gagal jika anda memandai - mandai mendidik tanpa merujuk kepada panduan agama.


Hari ini, sesetengah kita bukan setakat memandai - mandai mendidik, bahkan tidak pun mendidik diri apatah mendidik anak - anak. Bukankah ini musibah dan dosa?Mendidik anak - anak adalah kewajiban yang berat. Anak - anak lahir dalam serba tak tahu. Ia jahil tanpa ilmu dan tanpa akal yang sempurna untuk segera berilmu. Ia bertatih mengenal kehidupan sebelum perlu mengorak langkah gagah mengenal kewajiban.


Adakah anda menyangka betapa mudahnya manusia mengenal kehidupan, kemudian kewajiban? Lihat berapa ramai manusia yang lemah dan berputus asa. Mereka tidak mengenal kehidupan. Lihatlah pula betapa ramai lagi yang berseronok dalam noda kehidupan. Mereka gagal mengenali kewajiban dan matlamat kehidupan. (Rujuk filem Bohsia/Rempit atau Impak Maksima)
Justeru haruslah setiap kita menginsafi kelekaan kita di dalam mendidik anak - anak.


Pokok pangkal pendidikan anak - anak adalah menetapkan jiwa mereka dalam keadaan bersih sebersih asal kelahirannya. Sebersih alam fitrah kejadian yang memperakui diri sebagai hamba tuhannya dan tunduk persis tunduknya sang hamba pada tuannya. Menetapkan jiwa dan raga untuk terus kekal putih bersih sebagai seorang muslim semenjak di dalam kandungan ibunya dan saat kelahirannya.Manusia adalah ruh dari sisi tuhannya. Ia mengenal tuhannya sebagaimana malaikat di langit mengenal tuhannya. Kemudian ia dihantar ke bumi yang jauh, lalu dimasukkan ke dalam satu lembaga dan bekas daripada tanah dan daripada air mani di dalam rahim si ibu.


Berlaku pertemuan di antara dua alam yang berbeza. Alam atas yang kudus dan alam bawah yang tandus. Ia terjerat di dalam tubuh daripada tanah duniawi.


Apabila kelahiran berlaku, berlakulah pertembungan secara langsung di antara dua yang berbeza. Ruh meronta - ronta untuk terbang tinggi menuju alamnya yang kudus dan suci menyembah tuhannya, tetapi ia ditarik dan direntap kuat kadang - kadang untuk kekal menggelupur di lumpur duniawi yang kotor dan penuh noda derhaka, enggan dan takabbur. Kelahiran mewajibkan tarbiyah dan pendidikan. Ia proses menyelamat teragung.


Ruh mesti diselamatkan daripada noda duniawi yang menghimpitnya. Kesemua jadiannya dilitupi alam baru yang serba baru. Anak yang lahir ilmunya bermula dengan kosong. Untuk mula menempuh alam yang baru ini, tubuh yang lemah itu bergantung sepenuhnya kepada kesemulajadiannya yang asal.


Ia secara fitrah mencari makanannya dari dada ibunya. Ia menangis kuat melarikan diri daripada kedagangan dan kesunyiannya di alam baru ini. Ia diam dan segera nyeyak di dalam dakapan hangat ibunya. Apabila ia celik melihat dunia, ia dibekalkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang sentiasa mendodoi dan menjaganya. Ibu dan ayah. Atau penjaganya.


Daripada ibu dan ayahnya ia mula berilmu dan terdidik. Dengan ilmunya itu ia mula mengesot, merangkak, bertatih dan kemudian berjalan. Ia membesar dengan ilmu dan pendidikan awalnya itu.


Bagaimana jika ia mendapat ilmu yang salah? Kemudian pendidikannya juga salah?Ya, apabila ia salah ilmu dan salah didikannya, ia bertukar daripada kesemulajadiannya. Ruhnya menjadi liar dan sumbang. Ia bertukar wajah kerana ia dijamu makanan yang meracuninya. Makanan ruh seasalnya adalah zikruLlah. Ia melonjakkan nilai keinsanannya. Kini ia dijauhkan daripada zikrullah dan diganti makanan duniawi daripada isi perut yang membuncit, alunan bunyian syaitani, pinar pandangan panahan iblisi dan pelbagai rencam habuan nafsu.


Daripada fitrahnya yang muslim dan mukmin, ia bertukar menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi dan bermacam - macam kefasiqan, kemunafikan dan kederhakaan terhadap tuhannya sendiri.Inilah nilai pendidikan. Inilah harga sebuah kelekaan dan kecuaian.


Allah melepaskan anak - anak kita yang kecil itu daripada bebanan dan taklif. Ia tiada hak dan kekuatan untuk memikulnya kerana akalnya masih muda remaja untuk mula memikirkan tanggung jawab kehidupannya.


Bagaimana manusia boleh dilepaskan di dunia yang serba menipu dan penuh makar ini? Bukankah ia pasti menjerat dan membunuh?Ya, si anak dilepaskan tetapi Allah mengembalikan hak pengawalannya ke atas pundak kita, ayah dan ibu. Kita diwajibkan membina pagar dan kawalan agar si anak membesar bebas dalam pagarNya ( kalaiLlah ). Ia jinak dalam bebasnya. Ia kembali selepas pergi. Ia enggan bebas daripada tuhannya walau pun ia dibebaskan sebebasnya.


Mendidik anak - anak adalah proses menjinakkannya untuk kekal hidup bertuankan tuhannya yang telah menciptakannya dan melepaskannya ke dunia dari langitNya yang kudus.


Anda jangan memarahi saya atau memperlekehkan saya jika saya bermati - matian mengingatkan anda tentang bahaya sistem pendidikan nasional hari ini. anda seharusnya kembali berfikir untuk menilai kembali hukuman anda ke atas saya.


Anda buktikan kepada saya bahawa majoriti anak - anak yang mencecah usia akil baligh ( 15 tahun hijriyah atau 14 tahun lebih masihiyyah ) telah berjaya kekal dalam iman dan ketundukan kepada Allah. Mereka telah bersedia menjadi muslim yang patuh dengan kewajiban solat 5 waktu.


Buktikan! Buktikanlah!! Atau anda akan malu dan tersipu - sipu jika anda memiliki iman, atau wajah anda akan merah padam dengan kemarahan dan kedegilan jika anda seorang yang sombong dan takabbur apabila melihat statistik daripada analisa dan kaji selidik yang sahih daripada pelbagai pihak dan sumber yang beriman yang membuktikan bahawa anak - anak Melayu seusia itu masih kekal tak solat dan tak tahu pun untuk solat dalam peratus tinggi mencecah 80%!!


Dari umur 7 tahun ( umur galakan ugama untuk anak - anak diajar untuk solat ) sehingga umur 10 tahun ( umur galakan ugama agar anak - anak dipukul jika lalai daripada solat ), kemudian memasuki umur 15 tahun ( umur taklif ), anak - anak dibentuk diri dan syakhsiyahnya oleh sistem pendidikan negara. 9 tahun dididik dan mereka keluar tanpa solat!!


Sistem apa ini?
Berat sangatkah solat 5 waktu?
Bodoh sangatkah anak kita?
Degil sangatkah anak kita?
Jahil sangatkah guru kita?


Atau,
Ianya adalah kerana sistemnya yang bersifat jahiliyah?!


Solat pada hari pertama adalah berat, pada hari kedua adalah ringan dan pada hari ketiga adalah manis.


Siapakah di antara kita mahu menghukum bahawa anak - anak kita akan kekal bodoh dan degil sehinggalah umurnya sampai 30 tahun??


Siapakah mahu menghina guru dengan menghukum bahawa anak - anak tak solat adalah kerana guru yang jahil dan malas?Saya tegaskan bahawa sistem negara adalah sistem sekular yang syirik dan jahiliyah. Sistem pendidikan negara adalah anak yang patuh dan tunduk pada sistem induknya. Justeru ia adalah sistem yang syirik, jahiliyah dan korup.


Ia dicipta oleh otak - otak yang sekular, derhaka dan syirik yang berlegar di serambi kuasa negara.


Apabila kami orang yang terlibat dalam dunia politik secra langsung bercakap pasal ahli - ahli Parlimen UMNO dan ahli - ahli mereka di Dewan Negara, kami akan membahagikan mereka kepada dua kumpulan. Kumpulan yang lekat solat 5 waktunya dan kumpulan yang songlap 5 waktunya. Anda pasti terkejut seperti kami untuk mendapati bahawa natijahnya seumpama natijah kaji selidik ke atas anak - anak 15 tahun tahun di atas!! Kita menyalahkan kerajaan. Mereka memaksa kita menerima sistem yang buruk dan jahat ini.


Tidak semua kita mampu menghantar anak - anak ke sekolah ugama swasta yang tawaran sistemnya lebih Islamik dan benar yang lebih menyelamat dan menjamin agama anak - anak kita.


Kita pasti beruntung dalam keterpaksaan itu jika anak - anak kita memperolehi guru - guru yang benar - benar berperanan menampal segala kebobrokan sistem yang zalim ini dengan usaha gigih mereka.


Tetapi itu adalah kewajiban orang lain. Ia langsung tidak mengangkat kewajiban kita sendiri.


Anak - anak adalah amanah dan tanggung jawab. Selepas anak - anak pulang dari sekolah, andalah sekolahnya yang pertama. Jangan anda sekularis sebagaimana sistem sekular negara.


Jika tidak, andalah penyebab sebelum sistem itu! Semoga Allah memelihara kita.


" Tuhanku, jadikanku pendiri solat, juga zuriatku. Tuhan kami, terimalah doa kami." - al Ayat.



Effects of microwave ovens

'Below is a science fair project that my granddaughter did for 2006. In it she took filtered water and divided it into two parts. The first part she heated to boiling in a pan on the stove, and the second part she heated to boiling in a microwave. Then after cooling she used the water to water two identical plants to see if there would be any difference in the growth between the normal boiled water and the water boiled in a microwave. She was thinking that the structure or energy of the water may be compromised by microwave. As it turned out, even she was amazed at the difference.')






I have known for years that the problem with microwaved anything is not the radiation people used to worry about, It's how it corrupts the DNA in the food so the body can not recognize it. So the body wraps it in fat cells to protect itself from the dead food or it eliminates it fast. Think of all the Mothers heating up milk in these 'Safe' appliances. What about the nurse in Canada that warmed up blood for a transfusion patient and accidentally killed them when the blood went in dead. But the makers say it's safe. But proof is in the pictures of living plants dying.

FORENSIC RESEARCH DOCUMENT

Prepared By: William P. Kopp
A. R. E. C. Research Operations TO61-7R10/10- 77F05
RELEASE PRIORITY: CLASS I ROO1a


Ten Reasons to Throw out your Microwave Oven

From the conclusions of the Swiss, Russian and German scientific clinical studies, we can no longer ignore the microwave oven sitting in our kitchens. Based on this research, we will conclude this article with the following:

1). Continually eating food processed from a microwave oven causes long term - permanent - brain damage by 'shorting out' electrical impulses in the brain [de-polarizing or de-magnetizing the brain tissue].

2). The human body cannot metabolize [break down] the unknown by-products created in microwaved food.

3). Male and female hormone production is shut down and/or altered by continually eating microwaved foods.

4). The effects of microwaved food by-products are residual [long term, permanent] within the human body.

5). Minerals, vitamins, and nutrients of all microwaved food is reduced or altered so that the human body gets little or no benefit, or the human body absorbs altered compounds that cannot be broken down.

6). The minerals in vegetables are altered into cancerous free radicals when cooked in microwave ovens.

7). Microwaved foods cause stomach and intestinal cancerous growths [tumors]. This may explain the rapidly increased rate of colon cancer in America .

8). The prolonged eating of microwaved foods causes cancerous cells to increase in human blood.

9). Continual ingestion of microwaved food causes immune system deficiencies through lymph gland and blood serum alterations.

10). Eating microwaved food causes loss of memory, concentration, emotional instability, and a decrease of intelligence.

Have you tossed out your microwave oven yet? After you throw out your microwave, you can use a toaster oven as a replacement. It works well for most and is nearly as quick.

The use of artificial microwave transmissions for subliminal psychological control, a.k.a. 'brainwashing', has also been proven. We're attempting to obtain copies of the 1970's Russian research documents and results written by Drs. Luria and Perov specifying their clinical experiments in this area.

Warkah sedih seorg bapa





Al~Fatihah... akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta-nya

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia-komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya..

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk.. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.

Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.

Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah, sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung. Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi yang tidak berdosa itu.

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu, saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya dari mukanya.

Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku. Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah (talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang menunggunya... janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia untuk mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 - 13 Mei 2006)





The morning after...















Close-up of the Sun

The image of the Sun, captured by the Royal Swedish Academy Of Science on 14 nov 2002 using the Swedish Solar Telescope.





Solat Terakhir



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Muslimin dan Muslimat yang saya hormati sekelian.


Tajuk penulisan saya hari ini adalah tentang ' Solat Terakhir ' yang telah sempat kita laksanakan.

Apa ada diantara tuan puan merenung sejenak akan mutu solat kita yang terakhir kita tunaikan?

Iya. Mutu solat kita .

Apakah kita telah laksanakan sebagus mungkin solat kita yang terakhir tadi sepertimana dituntut didalam ajaran Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam atau sekadar 'tangkap muat' sahaja?

Dari apa yang telah saya pelajari tentang menunaikan solat fardhu dan juga sunnat, ada pelbagai tahap solat dan yang paling penting adalah tentang fahamkah tidak kita itu tentang apa yang kita kerjakan memenuhi tuntutan solat?

29:45 Maksudnya : "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar ; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

Apakah itu sembahyang?

Adakah sekadar berpakaian yang bersesuaian, menutupi aurat dan kemudian nya mengambil air sembahyang @ wudhu' kemudian nya berdiri, ruku' dan sujud mengulangi bunyi bacaan ayat ayat suci Al Qur'anul Karim dan mengajuk sahaja segala perbuatan imam dan jamaah lain?

Sudah tentunya tidak!

Solat seorang muslimin atau muslimat ; mukminin na wal mukminat itu bukan hanya sekadar menurut kelakuan dan aksi yang menuruti tuntutan ibadah solat semata mata.

Ianya lebih dari lahiriah @ aksi jasad. Solat itu adalah rangkuman aksi jasad lahiriah serta ruh batiniyyah bagi mereka yang belajar tentang ilmu solat.

Kekadang kita melihat seseorang jamaah didalam masjid mahupun surau yang mengulang ulangi takbirratul ihram mereka kerana hati mereka belum dijalin seiring dengan niat dan tumpuan minda mereka terhadap ibadah solat terbabit.

Bilamana kita berdiri berniat ingin menunaikan solat tertentu maka penting bagi kita menumpukan perhatian, fikrah dan minda kita terhadap segala rukun rukun solat serta faham akan setiap rukun dan pengucapan didalam solat kita samada secara zahir ataupun batin (didalam hati).

Penghayatan solat ini berbeza beza dari seorang Muslim kepada yang lain kerana ianya melibatkan tahap kefahaman seseorang itu mengenai ilmu agama yang dipelajarinya.

Kelalaian seseorang didalam menghayati maksud bacaan dan faham akan kenapa ianya sedang bersolat itu di nyatakan didalam firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam Surah Al Ma'un ayat ke 5 didalam Al Quranul Karim :

107:5 yang membawa maksud : (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.

Sadaqallah hal adzhim.
Benarlah Allah yang Maha Perkasa.

Lalai seperti apa yang dimaksudkan ini?

Lalai dengan tidak memusatkan pemikiran seseorang itu terhadap ibadah solat yang sedang ia laksanakan!

Boleh juga ditafsirkan sebagai seseorang yang pada zahirnya sedang bersolat tetapi dari segi batiniyyahnya sedang khusyuk memeikirkan hal ehwal duniawi dan sebagainya.


Nampak jasad itu sedang berdiri, duduk atau berbaring solat mengikut daya zahir anggota tubuhnya tetapi kepala otaknya aduh sedang ligat memikirkan benda lain?

Seribu satu perkara sedang 'online' didalam benak fikirannya. Selalunya perkara duniawi yang melibatkan peribadinya atau mana mana sahaja benda lain yang merunsingkan hati si lalai tadi?

Wallahu 'alam.

Pada hemat saya, solat dimana hati dan jasad tidak dijalin didalam satu penyerahan jiwa dan raga yang padu tidak akan meninggalkan kesan ketenangan spiritual yang kita cari didalam beribadah terhadap Allah, Subhanahu Wa Ta'ala.

Tidak akan ada ketenangan jiwa pada mereka yang lalai didalam solat. Sama saja kusut fikiran @ raplah jingganya pada individu yang tidak dapat menyahkan perkara duniawi dari minda didirnya ketika beribadah terhadap Allah!

Solat itu tidak lut didalam jiwa dan mindanya. Nampak saja solat tetapi 'solat ekspres'. Tidak ada 'tuqmaninah' langsung diantara rukun solat. Kita belum sempat habis membaca Al Fatihah, hero kat sebelah sudah ruku'; bangun dari iktidal dan kemudiannya terus sujud!

Bukannya berburuk sangka tetapi memang hakikat bahawa solat tergesa gesa itu tidak diterima didalam ajaran Islam.

Didalam Kitab Bulugh al Maram yang mengumpulkan Hadis hadis sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam susunan Syeikh Al Hafiz ibn Hajar Al Asqalani, Kitab Solat Bab 7, halaman 94, Hadis # 210, Abu Huraira Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda :

"Bilamana kamu bangun untuk bersolat, maka hendaklah kamu mengambil wudhu' dengan sempurna. kemudian berdiri menghadap Qiblat dan bertakbir 'Allahu Akbar'(selepas berniat mengerjakan solat tertentu).

Kemudian bacalah Ayat ayat Qur'an yang sesuai ; ruku' dan berkeadaan sebegitu untuk seketika, kemudian berdiri semula dengan tegap ; kemudian sujud dan berada didalam keadaan begitu untuk seketika juga, kemudian duduk diantara dua sujud itu dengan tegap dan kemas, kemudian sujud kembali dan berada didalam keadaan begitu untuk seketika dan berlaku sedemikian sepanjang solat kamu itu".
(Dilaporkan oleh As-Sab'a dan menurut susunan Al Bukhari).

Kesimpulan hadis :

Tuan puan yang mulia,
Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam adalah Pesuruh Allah yang Terulung dan Sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam merupakan asas tertib pengamalan segala ibadah didalam ajaran Al Islam, Ad Deen Allah yang Maha Sempurna.

Bilamana kita hendak melaksanakan solat kita, maka penting bagi kita faham bahawa ianya mungkin adalah solat terakhir yang sempat kita tunaikan?

Maka adalah teramat penting bagi kita yang mengaku beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk memastikan bahawa mutu solat yang kita tunaikan adalah yang terbaik mengikut sistem piawaian Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam.

Amatlah ruginya kita seandainya solat yang kita lakukan dengan tidak tertumpu minda dan fikiran kita terhadap apa dia rukun solat yang sedang kita laksanakan.

Hadis diatas menerangkan kepada kita bahawa kita hendaklah memulakan proses pengerjaan solat kita dengan disiplin yang tinggi dan mengambil wudhu' dengan sesempurna yang boleh.

Kekadang kita sedar akan adanya sesama Islam dengan kita terlalu gopoh mengambil wudhu' secara begitu tergesa gesa sehingga kekadang kita baru sempat membasuh lengan tetapi orang yang datang kemudian dari kita sudah selesai membasuh kaki dan bergegas ke ruang masjid tanpa berhati hati melengkapkan pengambilan wudhu' mereka mengikut tertib.

Wudhu' yang tidak diambil dengan sempurna membuatkan solat yang dilakukan itu tidak sah disisi Allah.

Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dilaporkan telah menyuruh seorang yang selesai solat supaya kembali pergi mengambil wudhu' yang baru kerana ada bahagian tumit kaki orang itu yang kering tidak kena air wudhu' semasa ianya memulakan solatnya diruang berhampiran baginda.

Maka adalah penting bagi kita yang ingin solat supaya memastikan diri kita mengambil wudhu' dengan tertib dan sesempurna mungkin.

Kita harus ingat bahawa solat itu adalah temujanji kita dengan Allah, Tuhan Maha Pencipta kita.

Sedangkan dengan manusia yang berkedudukan, kita berhati hati dan menumpukan segala perhatian, tuturkata, sikap dan penampilan kita, inikan pulak dengan Allah Azza Wa Jalla?

Maka bawa bertenang, fahami maksud setiap perbuatan dan bacaan kita didalam solat supaya akan ada hasil solat kita itu yang membuahkan ketenangan jiwa dan ruh kita.

Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati kita akan menjadi tenang.

Belum tentu lagi akan diri kita berupaya solat seterusnya maka harus lah kita berhati hati mengerjakan solat kita yang sempat kita tunaikan supaya biarlah ia solat terbaik yang kita dapat laksanakan mengikut Sunnah Nabi Rahmatulil Alamin yang mungkin menjadi penebus dan kaffarah terhadap gunungan dosa dosa kecil atau besar yang kita telah lakukan secara sedar ataupun tidak?

Bertu'maninah iaitu berhenti sejenak didalam mengerjakan rukun rukun solat itu sebenarnya ada rahsia kesihatan zahir dan batin bagi mereka yang mahu mengambil faedah temujanji kita dengan Rabbul Alamin.

Suasana yang tenang, minda yang tertumpu terhadap apa dia yang sedang kita lakukan semasa solat itu sebenarnya membuahkan lebih banyak nikmat kepada kita tanpa kita sedar?

Bilamana kita ruku' dan menetapkan tulang belakang kita supaya selurus yang boleh, ianya membetulkan susunan urat saraf kita didalam tulang belakang kita itu dan meregangkan susunan tulang temulang yang menjadi asas rangka jasad kita.

Penetapan kedudukan dari tengkorak kepala kita dengan tulang pinggul kita mengemaskinikan susunan urat saraf dan otot otot belakang anggota tubuh kita memberikan peluang kepada badan kita untuk menegakkan kembali postur kita sesuai dengan keperluan jasad yang sihat dan tegap untuk membolehkan kita mencapai tahap kesihatan fizikal yang lebih baik.

Secara tidak langsung, kita telah melakukan senaman regangan yang amat diperlukan untuk memastikan tubuh kita terus sihat dan normal untuk hidup dengan baik selama ada lagi hayat kita kurniaan Ilahi.

Secara spiritual, kepala yang kita agung agungkan sebagai pusat memproses maklumat yang jasad kita terima turun selaras dengan bahagian pinggul dan punggung kita yang menjadi tempat keluar najis kita dari dubur.

Ego yang bersarang didalam kepala otak kita menjadi datar selaras dengan kedudukan kita semasa ruku'.

Saya berpendapat bahawa ego kita ketika ruku' menjadi normal didalam keadaan itu dan seandainya kita sempat menghayati maksud bacaan didalam ruku' iaitu :
" Subhana Rabbiyyal Azhimi Wabihamdihi! " x 3 kali.

Maksud bacaan itu adalah : ' Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung!'

Cuba bayangkan diri kita ketika itu?

Sedang tunduk ruku' menurunkan kepala kita dimana bersarangnya segala tanggapan kita terhadap diri sendiri tanpa mengambil kira akan pangkat dan kedudukan kita sebagai itu dan ini, tunduk bersama sama dengan jamaah lain, sama sahaja kedudukan kepala kita yang kita agung agungkan itu sekian lama ini, kini mendatar bersama dengan kepala semua anggota jamaah yang lain didalam masjid, surau, ruang pejabat, kediaman kita atau dimana sahaja sedang kita laksanakan perintah Allah tersebut?

Walaupun anda Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atau Sultan dan Raja Melayu, Tengku Mahkota, Raja itu dan ini, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk, Dato' dan apa sahaja, kedudukan kepala anda sama sahaja dengan Pak Mat Penjual Tempe atau Abdul Hameed Nagoor Sultan, Muhammad Saravanan bin Abdullah, Abdul Rahim Tan bin Abdullah dan sebagainya?

Nah! Kita semua sama dihadhrat Allah ketika itu!

Allah Azza Wa Jalla memerintahkan kita supaya tunduk ruku' terhadap Nya kerana Ia Sang Maha Pencipta kita!

Allah Subhanahu Wa Ta'ala tahu akan rahsia didalam hati kita masing masing. Tahap kesombongan dan ego kita yang sentiasa meruap ruap didalam benak fikiran dan minda masing masing!

Kita mungkin boleh berdrama swasta bila berdepan dan dikhalayak ramai tetapi Rabbul Alamin Maha Mengetahui akan apa dia intipati dan kandungan program ego didalam kepala otak kita masing masing!!!

Bagi Muslim dan Muslimat yang sadar diri dan tahu akan kelebihan dan kekurangan diri masing masing serta faham akan erti dan maksud didalam setiap rukun dan bacaan didalam solat sudah pasti akan menyesal dan mengharapkan pengampunan Allah akan setiap dosa dosa yang telah mereka lakukan atau khilaf sebelum ini?

Solat yang dilakukan dengan penuh pengertian dan khusyuk adalah ruang dan peluang terkini untuk menyerahkan diri jiwa dan raga terhadap penghakiman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam kesempatan solat yang sempat kita lakukan.

Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi tetapi natijah setiap amal perbuatan kita pasti akan dibalas bila sampai saat dan waktu Yaum al Qiyamat nanti.

Ini hakikat realiti kehidupan kita sebagai Muslim.

'Qullu nafsin iza iqatul maut!'

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Perlu apa kita tergesa gesa semasa beribadat?

Itu adalah perbuatan yang amat merugikan kerana kita mensia siakan masa yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk bertaubat.

Solat itu adalah ruang dan peluang untuk kita mensucikan diri kita dari kekotoran dosa dosa yang telah kita lakukan secara sedar atau sebaliknya.

Hargailah kesempatan bersolat ini dan kerjakan lah ia sebaik mungkin.

Saya ini jika menulis memang panjang berjela jela kerana ada seribu satu benda lagi yang perlu saya sampaikan selaku seorang Abdillah yang telah dan sedang berusaha bermuhasabah diri sedaya saya sejak sedar akan tuntutan Ilahi terhadap diri saya serta kesekelian umat Islam sedunia yang masih bernyawa dengan Izin Ar Rahman, Tuhan kita yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Insya Allah akan saya sambung lagi nanti.

Semoga tulisan saya kali ini menjadi perangsang kepada anda tuan puan saudara saudari seIslam dengan saya untuk memantapkan lagi mutu amal ibadat tuan puan seiring dengan apa yang diperintah Ar Rahman dan disarankan oleh Sayyidul Mursalin, Nabi kita Muhammad Rahmatulil Alamin, Sallalahu Alaihi Wassallam.

Saya izinkan anda untuk menyebarluaskan tulisan ini dan apa apa sahaja didalam ruang blog ini demi kebaikan semua.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.

Zainol Abideen @ Mahaguru58
Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur, Malaysia.


9 sebab hati tidak bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. . Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Jgn Hidup Sambil Mati


Jangan Hidup Sambil Mati

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/
"oo, waa bisnes you sudah makin besar ya, nanti sudah jadi kaya jangan lupa sama kami ya" kata tauke kedai fotostat yang sering menjadi pilihan saya untuk memfotostat kertas kerja kursus kewangan Islam saya.

"semua big big company pun you sudah masuk, Brunei pun sudah aa, waa manyak hebat ni, good luck good luck aaa" isteri tauke yang berumur sekitar 50-an pula menyampuk.

PELANGGAN DAN PENDAKWAH?

Hasil kerja yang bersih, cepat dan murah serta bijak berinteraksi dengan pelanggan antara punca saya memilih menjadi pelanggan tetapnya. Di samping faktor ketiadaan kedai fotostat lain di sekitar kawasan tersebut, khususnya milik orang Islam.

"no worries, you jangan bimbang, tapi kalau i umur panjang dan sihat badan" saya membalas ringkas.
"aya..you jangan cakap pasal mati oo..banyak susah hati la..jangan fikir mati lagi, hilang mood maa. Kerja kerja kerja dulu, nanti hidup baru senang" kata tauke Cina ini dengan bahasa Melayu pelat tionghua.

Isterinya turut mengangguk-angguk tanda setuju dengan saranan suaminya.

"Aiya tauke, tak fikir mati hidup senang ka? " duga saya selanjutnya, cuba meninjau 'dalam kepala' sang tauke dan isteri.

"ya laaa, kalau fikir mati, buat itu ini pun boleh jadi malas ma, sebab rasa mahu mati aja la" ujar tauke nampak yakin sambil tangannya ligat menulis bil fotostat saya. Wajahnya masih tersenyum, mungkin gembira menerima sejumlah wang yang saya hulurkan secara tunai. Dua orang pekerjanya adalah anak gadis melayu, mungkin lepasan SPM. Mereka turut tersengih mendengar celoteh kami.

"tapi tauke, kerja cari duit saja tanpa fikir mati, salah satu punca utama orang ceroboh hak orang lain, menipu, merompak dan samun, semua sebab tarak fikir pasal mati. Orang buat jahat dan tamak kerana lupa pasal mati la tauke, nanti mati semua pun tinggal" jawab saya sebagai balasan logik yang diberinya tadi.

"Kami orang Islam yakin mati adalah waktu terima ganjaran kebaikan waktu kerja di dunia. Atau balasan siksa kalau tipu tipu waktu kerja. Ha.. sebab tu jika orang tu adalah orang Islam tulen, mereka kerja kuat dan tak da tipu punya, sebab mereka mahu selamat dan terima ganjaran." Tambah saya lagi.

"ok ok la you betul" kata tauke dan isterinya hanya mengangguk sambil tersenyum dan tangan menghulur resit saya.

Entahlah, sama ada difahami atau tidak oleh tauke, tiada dapat saya duga. Namun cukup sebagai pembukaan awal satu dakwah kepada individu bukan Islam. Bukankah molek jika semua kita ambil peluang kita sebagai pelanggan. Mereka hormat pelanggan, lalu saya gunakan penghormatan itu untuk meraih sesuatu untuk Islam. Sudah tentu anda juga boleh. Namun lebih tepat jika anda sudah agak kenal lama dan sang tauke sudah sedikit sebanyak mengenal hati budi dan amanahnya anda.

Saya sudah lama kenal tauke dan isterinya ini, sehingga boleh saya katakan, saya amat dipercayai oleh mereka.

Manakan tidak, sehingga pada hari Ahad, saya masih boleh meminta tauke datang untuk menyiapkan satu kerja fotostat emergency untuk kursus saya kegunaan pagi Isnin. Konfirmasi pihak penganjur secara last minute pasti membebankan urusan persiapan. Alhamdulillah sang tauke sanggup datang dan membuka kedainya khas untuk saya.

Bab pembayaran, tidak pernah saya culas atau lewat sehingga meresahkan tauke. Bila janji tempoh bayaran, saya akan pastikan ia ditepati. Ini menyebabkan saya dicop sebagai excellent regular customer yang dipercayai dan sering pula diberi diskaun. Diskaun serng diberi sebagai penggalak dan penambat hati secara psikologi, memang bijak.

Teringat sikap seorang peniaga langsir Pakistan di Leicester, mulanya cukup baik bersembang, namun bila saya minta sedikit diskaun, hanya GBP 2, lalu dibentaknya :

"la kamu ni, aku sudah beri harga terbaik, dan boleh beli apa sangat dengan GBP 2?" katanya.

"itulah kamu, sebagai peniaga kamu kena tahu, adakalanya pelanggan meminta diskaun bukan kerana ingin jimat tetapi sekadar kepuasan dan memberi keyakinan untuk membuat keputusan dan membeli, kena faham tu" bentak saya semula, dia kelihatan tersenyum pahit dan akhirnya memberikan saya diskaun lebih dari GBP 2. Namun saya telah pun membatalkan pembelian alas meja kerana sikapnya tadi dan hati saya juga sudah tawar dengannya, walaupun dia cuba memulihkan semula dengan sembangan berkenaan Malaysia selepas itu.

Kembali kepada kisah tauke Cina Malaysia tadi, benarlah kata sahabat dan rakan-rakan saya

"orang Cina, sekali sudah mempercayai kita, ia akan terus percaya sehinggalah terbukti sekali kita bersifat sebaliknya. Tatkala itu hilang punah seluruh kepercayaan yang lalu"

Saya memanfaatkan kepercayaan ini untuk memulakan idea-idea Islam di dalam minda mereka. Benar, memang sukar untuk anda terus pergi ke bertemu rakan bukan Islam dan mengempen idea berkenaan Islam secara tiba-tiba. Sama seperti mengempen untuk parti tertentu secara tiba-tiba dan di waktu pilihanraya semata-mata, pasti ia membiakkan rasa meluat.

Sewajarnya, kita menggunapakai cara yang ditunjuk oleh Allah swt melalui RasulNya, Nabi Muhammad s.a.w, baginda digelar al-amin atas sifat amanah baginda oleh seluruh penduduk Mekah termasuk sang kafir. Dengan imej demikian dan izin Allah swt, baginda mampu mempengaruhi sejumlah besar penduduk Mekah untuk menerima Islam di awal kebangkitannya.

FIKIR MATI AKAN SENANG ATAU SUSAH

Inilah pertentangan antara keyakinan seorang bukan Islam dan seorang mukmin.

Idea bukan Islam sering menjauhkan seseorang dari berfikir tentang kematian, kerana sangkanya ia hanya akan melambat kemajuan diri seseorang.

Malang, kepercayaan ini semakin meresap dalam diri kebanyakkan umat Islam, khususnya mereka yang sedang mabuk dilambung oleh ketamakan wang, pangkat dan harta. Kematian semakin dilupai, membawa sama kelupaan terhadap redha dan cinta Allah dan Rasul, turut lupa dan lalai terhadap larangan, tegahan dan arahan ilahi.

Kejauhan daripada Allah swt semakin terbukti apabila disebut berkenaan hukum perniagaan, mereka melenting dan tergesa-gesa menempelak :-

"kalau asyik haram, haram, haram aja, sampai bila kita nak maju!!, bukankah Islam suruh kita maju!"

Ini idea jahiliyah, yang sepatutnya hanya tersemat kukuh dalam hati dan minda seseorang yang sepatutnya berpakaian 'kafir' bukan dari seseorang bernama Muslim. Moga kita dijauhi dari minda buruk ini. Islam menyuruh kita maju hati dengan kekayaan yang halal.

Allah swt berfirman :-

قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى

Ertinya : "Allah berfirman: ""Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan" ( Toha : 126 )

ZIKIRAN KEMATIAN YANG MENGHIDUP

Ya Allah, NabiMu menangis deras mengingatkan nasib kami yang lemah ini. Ingin sahaja Nabi berdoa kepada Allah agar dapat diperdengarkan bunyi manusia yang sedang diazab di kubur. Catatan Imam Muslim menyebutkan kalam Rasulullah s.a.w :-

إن هذه الأمة تبتلى في قبورها ، فلولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه

Ertinya : Sesungguhnya umat ini akan diazab di dalam kubur mereka, nescaya jika sekiranya ia tidak sampai terlalu menakutkan kamu (sehingga takut untuk dikafankan dan dikebumikan), sudah tentu akan aku berdoa kepada Allah swt agar diperdengarkan bunyian azab kubur sebagaimana yang aku dengari ini" (Hadis riwayat Muslim)

Itulah salah satu mu'jizat Nabi s.a.w yang diizinkan oleh Allah untuk mendengari bunyian pukulan azab seseorang hamba. Ingin sahaja Nabi berkongsi kesedaran itu dengan kita..

Ya dengan kita, untuk apa ?

Agar kita tersedar dari dodoian indah dunia dan harta sementara yang melupakan dari tugas dan tanggungjawab hakiki di muka bumi sementara ini.

Azab atau nikmat di barzakh akan kekal sehingga kita dibangkitkan, jika ia enak, akan enaklah sepanjang penungguan dan selepasnya, jika pedih akan pedih jualah perjalanannya bermula dari diletaknya ia di ruang kecil lagi sempit yang bernama liang lahad.

Nabi bersabda :-

إن أحدكم إذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي إن كان من أهل الجنة فمن أهل الجنة وإن كان من أهل النار فمن أهل النار يقال هذا مقعدك حتى يبعثك الله إليه يوم القيامة

Ertinya : Apabila seorang kamu telah mati, dibentangkan tempat tinggalnya di pagi dan petang hari, sekiranya ia dari kalangan ahli syurga, maka ia akan menikmati tempat tinggal seperti ahli syurga, sekiranya ia dari kalangan ahli neraka, nescaya ia akan merasakan tempat duduk ahli neraka dan dikatakan kepada mereka : Inilah tempat tinggal kamu sehinggalah kamu akan dibangkitkan di hari kiamat kelak (Riwayat Bukhari dan Muslim)

BILAKAH ?

Wahai diriku dan teman-teman, apakah kehidupan kita hari ini sudah akan melayakkan kita untuk disenaraikan sebagai penghuni neraka atau syurga?

Sedarkah kita, kematian sentiasa mengintai dan malang bagi diri yang masih sering melupakannya, kehidupan dan hartanya disirami unsur haram lagi terlarang. Tubuhnya disaluti pekakas haram, pergerakannya sentiasa melanggar sempadan kemurkaan Allah dan dukacita Rasul. Keluarga ditadbir mengikut telunjuk nafsu.

Adakah sudah kita tempah ruangan barzakh yang luas sebagaimana kita tempahi kereta mewah idaman kalbu?

Bilakah lagi mahu tiba rasa ghairah dan kesungguhan untuk pahala besar sebagaimana rakusnya kita dalam mendapatkan kontrak dan tender besar?

Apakah kita sudah mampu tersenyum puas kerana usaha kita mentaati Allah, sebagaimana mereka yang tersenyum bangga memasuki rumah baru dibelinya yang luas lagi indah, bagaimana nasib rumah kuburnya kelak?

Jikalau kita masih belum, mengapa harus kita berlengah lagi?. Masih belum sedarkah dari lena dunia dan isinya?

Kematian seharusnya menjadi satu waktu yang dinanti kerana ia permulaan nikmat hakiki, bukan ditakuti dan dirisaukan. Namun jangan sampai enggan berubat apabila sakit, berubat adalah tuntutan Islam yang ditegaskan oleh baginda Nabi s.a.w.

Bilakah kesediaan itu akan tiba wahai diri, bila lagi?

Ya Allah, kami berdoa agar kami tidak tergolong dalam kategori mereka yang melupaimu, berikan kami sekelumit rasa cinta dan kasih kepadaMu, moga ia mampu mencetus getaran hati yang merubah diri lalu menyelamatkan kami dari azabMu. Jadikan kematian sebagai satu garisan yang tidak digeruni kami, tetapi ditunggu oleh kami dek kerana keghairahan untuk bertemuMu dan RasulMu yang membawa sinar dan rahmat kepada seluruh alam.

Memperbanyak fikir berkenaan mati akan menghidupkan seseorang, kegagalan berifkir tentangnya akan mematikannya.


Sekian


Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 17 Rabiul Thani 1430 H 13 April 2009



Fajr prayer at the mosque

A man woke up early in order to Pray the Fajr Prayer in the masjid. He got dressed, made his ablution and was on his way to the masjid.

On his way to the masjid, the man fell and his clothes got dirty. He got up, brushed himself off, and headed home. At home, He changed His Clothes, made his ablution, and was, again, on his way to the masjid.

On his way to the masjid, He Fell again and at the Same Spot! He, again, got up, brushed himself off and headed home. At home he, once again, Changed His Clothes, made his ablution and was on his way to the masjid.

On his way to the masjid, He Met a Man Holding a Lamp. He asked the man of his identity and the man replied 'I Saw You Fall Twice on your way to the masjid, So I Brought a Lamp so I can Light Your Way.'

The first man thanked him profusively and the two where on their way to the masjid.

Once at the masjid, the first man asked the man with the lamp to come in and pray Fajr with him. The second man refused. The first man asked him a couple more times and, again, the answer was the same.

The first man asked him why he did not wish to come in and pray. He man replied I am Shetaan(devil/ evil). The man was shocked at this reply.

Shetan went on to explain, 'I saw you on your way to the masjid and it was I who made you fall. When you went home, cleaned yourself and went back on your way to the masjid, Allah forgave all of your sins. I made you fall a second time, and even that did not encourage you to stay home, but rather, you went back on your way to the masjid. Because of that, Allah forgave all the sins of the people of your household . I was AFRAID if i made you fall one more time, then Allah will forgive the sins of the people of your village, so I made sure that you reached the masjid safely..'

So do not let Shetan benefit from his actions. Do not put off a good that you intended to do as you never know how much reward you might receive from the hardships you encounter while trying to achieve that good.

If forwarding this message will bother you, or take too much time from you, then don't do it, but you will not get the reward of it, which is great.

Imagine, that when you forward this, you receive 240 good deeds, and so will I for sending it to you! Wouldn't it be easy just to Press Forward ' and receive this Reward? May Allah (Subhana Ho Wataallah) grant us perfect Muslim Heart n we all do Prayers with our Heart and Soul...

............ ... ........ ......Ameen

Saturday, May 16, 2009

Lessons in Logic

If your father is a poor man, it is your fate but, if your father-in-law is a poor man, it's your stupidity.
.........................................................................

I was born intelligent - education ruined me.
.........................................................................

Practice makes perfect..... But nobody's perfect......
so why practice?

........................................................................

If it's true that we are here to help others, then what exactly are the others here for?
.........................................................................

Since light travels faster than sound, people appear bright until you hear them speak.
.........................................................................

How come 'abbreviated' is such a long word?
.........................................................................

Money is not everything. There's Mastercard & Visa.
.........................................................................

One should love animals. They are so tasty.
.........................................................................

Behind every successful man, there is a woman And behind every unsuccessful man, there are two.
........................................................................

Every man should marry. After all, happiness is not the only thing in life.
.........................................................................

The wise never marry. and when they marry they become otherwise.
.........................................................................

Success is a relative term. It brings so many relatives.
.........................................................................

Never put off the work till tomorrow what you can put off today.
.........................................................................

'Your future depends on your dreams' So go to sleep
.........................................................................

There should be a better way to start a day Than waking up every morning
.........................................................................

'Hard work never killed anybody' But why take the risk
.........................................................................

'Work fascinates me' I can look at it for hours
.........................................................................

God made relatives; Thank God we can choose our friends.
.........................................................................

The more you learn, the more you know, The more you know, the more you forget. The more you forget, the less you know So.. why learn.
.........................................................................

A bus station is where a bus stops. A train station is where a train stops. On my desk, I have a work station....

Kisah Benar Seorang Tan Sri

via PANEH MIANG by paneh on 5/1/09

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.

Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ .........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Berhati-hati bila pulang dari melawat jenazah

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah...Beringat sblm kene...ingatlah orang tersayang...please take note of this for our on good...

Org tua-tua used to say...bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu.

Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada.

Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah...katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua; bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.

Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning.

Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal.

Benar kata Ura, apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...